Utusan Borneo (Sabah)

Penerokaan sumber Sarawak sewajarnya oleh anak watan sendiri

-

KUCHING: Pembanguna­n Sarawak diyakini mampu dilonjakka­n lagi seiring negeri lain di Malaysia melalui usaha penerokaan hasil sumber minyak dan gas oleh anak watan sendiri.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, sudah tiba masanya Sarawak meneroka sendiri hasil negerinya untuk memacu pembanguna­n negeri.

“Kita rasa amat bangga dengan kejayaan Sarawak menubuhkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), sebuah syarikat petroleum milik penuh kerajaan negeri yang akan meneroka dan mengendali­kan industri minyak dan gas di negeri kita ini.

“Kini tiba masanya setiap hasil negeri diusahakan anak watan sendiri untuk dijadikan pemangkin pembanguna­n negeri,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, pada Jumaat.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Damai itu, sejarah penemuan dan pemprosesa­n minyak bermula di Miri sejak 1910.

Katanya, ia telah membuka peluang untuk meningkatk­an pendapatan negeri dan negara melalui industri minyak dan gas.

“Perjanjian awal yang dimeterai memperuntu­kkan hak mutlak Sarawak memang termaktub dalam penerokaan minyak dan gas sejak 1930-an dan masih kekal sehingga ke hari ini.

“Maka itu penubuhan PETROS oleh Kerajaan Negeri atas usaha Ketua Menteri adalah amat wajar dan bertepatan pada masanya untuk mengembali­kan hak rakyat Sarawak dalam industri petroleum ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia