Utusan Borneo (Sabah)

KPM tekad bantu sekolah daif di Kapit

-

KAPIT: Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) bertekad akan membantu sekolah-sekolah daif di kawasan Kapit.

Perkara itu diumumkan oleh Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika menghadiri majlis makan malam bersama warga pendidik daerah Kapit di Dewan Sri Baleh, pada Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil berat setiap masalah yang dihadapi oleh semua sekolah berkenaan demi meningkatk­an mutu pendidikan agar jurang pendidikan di kawasan bandar dan luar bandar dapat dikurangka­n.

“Kementeria­n saya akan mengambil berat terhadap lima perkara utama untuk membantu sekolah-sekolah daif di Kapit.

“Pertama, ialah Internet diikuti bekalan air bersih, asrama, enjin jana kuasa dan sistem solar,” katanya semasa berucap di hadapan kira-kira 100 warga pendidik pada majlis itu.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi, Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelagus Wilson Nyabong Ijang, Adun Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat, Adun Murum Kennedy Chuk Pai Ugon, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Sulaiman Wak, Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Rakayah Madon dan Residen Bahagian Kapit Joseph Belayong.

Mahdzir berkata, melaksanak­an pelbagai pembanguna­n di sekolah-sekolah daif memerlukan dana yang besar.

“Oleh itu, setiap keperluan akan dilaksanak­an berperingk­at-peringkat dan tidak boleh sekali gus.

“Saya akan membawa masalah sekolahsek­olah daif di Kapit untuk perhatian serius kementeria­n saya seterusnya akan memohon lebih banyak dana pada masa akan datang,” tegasnya.

Terdahulu, Mahdzir melakukan tinjauan mesra ke SMK Baleh dan SK Lepong Baleh.

Beliau berkata, semasa kunjungan itu beliau mendapati kedua-dua sekolah itu sangat daif dan memerlukan tindakan segera.

“Masalah utama di SMK Baleh ialah asramanya dan kita mahu Pejabat Pendidikan Negeri melaksanak­an bantuan dengan segera dan tidak perlu bermesyuar­at lagi. Kita sudah sama-sama tengok tadi apa kekurangan­nya di situ,” tegasnya.

Sementara itu, Mahdzir bersetuju dengan permohonan membina sebuah pejabat baharu untuk Pejabat Pendidikan Daerah Kapit.

“Saya difahamkan tapak sudah ada dan saya akan lanjutkan permohonan ini ke unit berkenaan untuk diluluskan.

“Ini bermakna Kapit akan mempunyai sebuah pejabat baharu untuk Pejabat Pendidikan Daerah Kapit,” katanya lagi.

 ??  ?? MAHDZIR (enam kanan) menerima cenderamat­a daripada Masing sambil disaksikan oleh kenamaan lain selepas menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Warga Pendidik Daerah Kapit.
MAHDZIR (enam kanan) menerima cenderamat­a daripada Masing sambil disaksikan oleh kenamaan lain selepas menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Warga Pendidik Daerah Kapit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia