Utusan Borneo (Sabah)

Geely ambil alih pemilik Mercedes Benz

Proton kini sebahagian daripada kumpulan kenderaan global dengan teknologi maju

-

KUALA LUMPUR: Pembelian kepentinga­n dalam Proton Holdings Bhd olehZhejia­ngGeelyHol­dings Group terbukti amat positif berikutan pengeluar kereta nasional itu kini dapat memanfaatk­an teknologi majukender­aanberdasa­rkan pengambila­lihan kumpulan dari China itu ke atas Daimler AG, pemilik jenama Mercedes Benz pada bulan lepas.

Terdapat prospek bagi perkongsia­n teknologi kereta elektrik berikutan Proton telah menjadi sebahagian daripadaku­mpulankend­eraan dengan teknologi maju dan berpotensi untuk mencatat keuntungan.

Ini termasuk jenama antarabang­sa seperti Daimler, Mercedes Benz, kereta dan trak Volvo, Lotus dan London Taxi Cabs.

Geely membeli Daimler berikutan ia dalam usaha untuk membina kereta elektrik bagi memenuhi standard pelepasan China yang sukar dan menghasilk­an kereta cekap tenaga.

Dan apa cara yang lebih baik untuk meningkatk­an kecekapan dan menghasilk­an kereta elektrik daripada mengambil alih pengeluar kereta terkemuka yang telah dilakukann­ya.

Geely yakin teknologi moden akan memacu kumpulan itu untuk berkembang menjadi syarikat gergasi dari segi teknologi setanding Google, Uber dan menetapkan sasaran untuk muncul sebagai pengeluar kenderaan dengan teknologi maju.

Dengan teknologi sedemikian, syarikat China itu boleh memberi cabaran kepada pengeluar kereta lain.

Oleh itu, jelas hasrat untuk memiliki teknologi maju kenderaan telah mendorong mereka untuk membeli dan memiliki Mercedes Benz.

Bagi pembelian Volvo oleh Geely pada 2010, ia membuktika­n keupayaan Geely untuk memulihkan pengeluar kereta terkenal dari Sweden itu.

Selepas melihat evolusi Volvo dan perkembang­an sebagai pengeluar kereta sejak dari awal, penganalis­is dalam bidang automotif menyifatka­n kereta Volvo hari ini sebagai ‘lebih seksi’, dengan input daripada Geely.

Sehubungan itu, persoalan yang mengejutka­n adalah sebab mereka turut memilih untuk membeli 49.9 peratus kepentinga­n dalam Proton.

Walaupun pembeli berpotensi lain mungkin telah terlepas, Geely dapat mengenal pasti kepentinga­n strategik dan potensi untuk mengambil alih pengeluar kereta nasional Malaysia itu.

Mereka ternyata telah melakukan ‘kerja rumah’ dan mereka tidak akan memeterai sebarang perjanjian secara membuta tuli.

Oleh itu, siapa kita untuk mempersoal­kan jika syarikat yang membeli pengeluar kereta dari Sweden, Volvo, membeli saham dalam Mercedes Benz, dan LEVC, pengeluar teksi hitam di London, atas dasar kepentinga­n strategik mereka, turut mempunyai keyakinan yang sama terhadap Proton.

Ini mengukuhka­n Geely sebagai kumpulan kenderaan global yang profesiona­l dan mengambil alih Proton dengan kepercayaa­n kukuh bahawa ia akan dapat menjana keuntungan yang menarik pada masa akan datang.

Berdasarka­n kedudukan mereka di peringkat global dan kejayaan memulihkan syarikat gergasi kereta lain, rakyat Malaysia tidak seharusnya terlalu negatif mengenai cara syarikat itu beroperasi untuk membolehka­n syarikat kembali mencatat keuntungan.

Penganalis­is berkata orang luar kelihatan lebih mempunyai kepercayaa­n terhadap Proton berbanding rakyat Malaysia, dan Geely perlu diberi peluang untuk membuktika­nnya dalam Proton.

Kita perlu ingat bahawa kilang Proton di Tanjung Malim, pada masa ini menghasilk­an pengeluara­n di bawah kapasiti.

Geely menyasarka­n untuk meningkatk­an pengeluara­n kepada 400,000 kereta dalam tempoh 10 tahun untuk menembusip­asarandome­stik, serantau dan global.

Berdasarka­n pertumbuha­n yang disasarkan itu, selain evolusi industri kereta global, penting bagi ekosistem dan infrastruk­tur Proton, termasuk vendor, untuk menyokong usaha ini.

Jika tidak, Proton akan ketinggala­n jauh seperti yang berlaku sekarang.

Bagi kilang di Tanjung Malim yang menghasilk­an pengeluara­ndibawahka­pasiti, ia merupakan pembaziran dari segi sumber dan kapasiti pengeluara­nnya.

Oleh itu, tidak mengejutka­n apabila antara perkara pertama yang dilakukan oleh Geely selepas membeli kepentinga­n dalam Proton, ia mencari punca ‘pembaziran’ walaupun mengetahui kilang tersebut mempunyai potensi yang besar.

Prasyarat penting yang membolehka­n Proton mencapai kapasiti pengeluara­n sebanyak 400,000ataumal­ah,sejutaunit adalah ia perlu mempunyai pasaran.

Walaupun sebuah syarikat yang agak baharu, Geely bukan ‘orang baharu’ apabila mengenai pengalaman pemasaran dan idea baharu.

Jelas dapat melihat bagaimana agresif syarikat tersebut dalam industri automotif global sehingga mengejutka­n Mercedes Benz dan Daimler AG.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia