Utusan Borneo (Sabah)

Melaka bangunkan destinasi pelanconga­n baharu dengan kos hampir RM1 juta

-

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka melalui Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) akan membangunk­an satu lagi destinasi pelanconga­n dikenali sebagai ‘Colours of Malaysia’ dengan kos hampir RM1 juta.

Pengurus Besar PERZIM, Datuk Khamis Abas, berkata projek yang akan dibangunka­n oleh syarikat swasta itu akan dibina di kawasan Kompleks Kapal Selam, di Klebang, di sini, yang dijangka mengambil masa kira-kira setahun bermula Mei depan.

Katanya projek tersebut membabitka­n pembinaan replika ikon pelanconga­n tempatan dan dunia seperti Piramid, Menara Eiffel dan Kapal Mendam Berahi.

“Colours of Malaysia akan dibuka kepada orang ramai pada waktu malam bermula 7.30 malam hingga 11 malam kerana ia membabitka­n penggunaan lampu berwarna-warni.

“Pelbagai tema seperti Zaman Kesultanan Melayu akan digunakan untuk memberi kelainan kepada pengunjung,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Sambutan Ulang Tahun Keenam Muzium Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70 di sini, kelmarin.

Ia dirasmikan oleh Timbalan Exco Pembanguna­n Belia dan Warisan Melaka, Datuk Norpipah Abdol. Turut hadir Asisten Ketua Staf Operasi dan Eksesais Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Datuk Khairul Anuar Yahya.

Khamis berkata, pihaknya juga akan membuat permohonan kali kedua kepada Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan untuk mendapatka­n peruntukan berjumlah RM13.8 juta bagi projek pembinaan replika Kapal Mendam Berahi yang turut dibangunka­n di kawasan kompleks itu menjelang 2020.

“Sebelum ini, permohonan kali pertama diluluskan untuk membangunk­an infrastruk­tur asas di kawasan Kompleks Kapal Selam ini seperti kafetaria dan surau. Permohonan kali kedua ini khusus bagi pembinaan Kapal Mendam Berahi,” katanya.

Beliau berkata seramai 169,234 pengunjung direkodkan melawat Muzium Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70 pada tahun lepas dengan jumlah kutipan pengunjung berbayar sebanyak RM750,000.

Sementara itu, bekas kru Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70, Komander Ali Noor Aminullah Ali Noor Razak, berkata seramai 20 kru yang pernah menjalani latihan menggunaka­n kapal selam berkenaan diraikan pada majlis itu. - Bernama

 ??  ?? TIMBALAN Exco Pembanguna­n Belia dan Warisan Melaka Datuk Norpipah Abdol (dua, kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada bekas kru Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70, Laksamana Pertama Baharuddin Wan Nor (dua, kanan) pada majlis Sambutan Ulang Tahun...
TIMBALAN Exco Pembanguna­n Belia dan Warisan Melaka Datuk Norpipah Abdol (dua, kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada bekas kru Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70, Laksamana Pertama Baharuddin Wan Nor (dua, kanan) pada majlis Sambutan Ulang Tahun...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia