Utusan Borneo (Sabah)

Pencarian bakat cilik ‘Be A Star KidZania Kuala Lumpur’

-

KIDZANIA Kuala Lumpur akan menganjurk­an program pencarian bakat ‘Be A Star At Kidzania Kuala Lumpur’ pada 17 Mac hingga 8 April 2018.

Program tersebut bertujuan untuk meraikan hak kanak-kanak menerusi muzik, lakonan, peragaan dan juga penggunaan teknologi, kata Datuk Bandarnya, Shahrul Nizar Ahmad.

“Kami berharap dapat meningkatk­an kesedaran tentang hak kanak-kanak melalui pendekatan menarik yang membolehka­n mereka mencipta, bermain, menambah pengetahua­n, membuat kebajikan dan berkongsi,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau berkata, maskot KidZania Kuala Lumpur, RightZKeep­ers diwujudkan untuk menyokong sepenuhnya hak kanakkanak menerusi Urbano (Hak untuk belajar), Beebop (Hak untuk mencipta),Chika (Hak untuk berkongsi), Vita (Hak untuk beramal), dan Bache (Hak untuk bermain).

“Kami percaya kemahiran-kemahiran ini akan akan banyak membantu mereka dewasa kelak dan bertepatan dengan falsafah kami untuk ‘learn life today’,” tambah beliau.

UJI BAKAT TERBUKA

Menurut KidZania, setelah mempelajar­i kemahiran baharu, kanak-kanak boleh menyertai pertanding­an pencarian bakat ‘Be A Star’ dengan menghantar video persembaha­n mereka melalui emel ke contact@ kidzania.com.my.

Mereka juga boleh menyertai uji bakat terbuka di ruang acara KidZania Kuala Lumpur di antara 17 hingga 31 Mac 2018.

Dua puluh peserta akhir akan bertanding dalam pusingan akhir di hadapan para juri.

‘Be A Star At Kidzania Kuala Lumpur’ disokong oleh Canon, Fly FM, Hot FM, Petit Moi, U Mobile, Zana Entertainm­ent dan MyBeat Drum Circles.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, layari www. kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKu­alaLumpur atau hubungi talian khidmat pengguna di KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9 pagi hingga 8 malam setiap Isnin hingga Ahad.

— Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? HARI MEDIA: Penyanyi dan penulis lagu Sara Bareilles menghadiri Hari Media Pertengaha­n Musim NBC yang diadakan di Four Seasons Hotel, New York pada 8 Mac lepas.
— Gambar AFP HARI MEDIA: Penyanyi dan penulis lagu Sara Bareilles menghadiri Hari Media Pertengaha­n Musim NBC yang diadakan di Four Seasons Hotel, New York pada 8 Mac lepas.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia