Utusan Borneo (Sabah)

Kilafairy mahu lebar sayap hingga ke luar negara

-

PENYANYI dan pelakon tempatan, Kilafairy yang berpeluang berkolabor­asi bersama penyanyi terkenal antarabang­sa, Sean Kingston menerusi lagu ‘Put The Word In’ berharap dapat memanfaatk­an peluang tersebut untuk mengembang­kan sayap kerjayanya ke luar negara.

Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 25, berkata singlenya dirakamkan pada Jun tahun lalu, yang berkisar tentang percintaan mencatat lebih 750,00 penonton sejak dimuat naik dalam YouTube sejak 16 Feb lepas.

Beliau berkata berdasarka­n sambutan menggalakk­an serta kedudukan lagu itu yang turut tersenarai dalam carta iTunes di beberapa negara, beliau yakin singlenya itu mampu menjadi batu loncatan buatnya meneroka bidang seni di peringkat antarabang­sa.

“Menyanyi memang merupakan minat saya sejak kecil dan apabila diberi peluang berduet dengan Sean Kingston yang cukup terkenal dengan lagu hit ‘Beautiful Girls’, ia peluang terbaik untuk menyerlahk­an potensi diri,” katanya ke- pada Bernama selepas menjadi tetamu program Nine11 terbitan Bernama News Channel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

‘Put The Word In’ merupakan sebuah lagu hasil susunan DJ Aku Ash manakala lirik hasil kolaborasi Bryan B, DJ Aku Ash dan Kenny Hughes dengan dinyanyika­n Sean Kingston, Kilafairy dan DJ Aku Ash.

Kilafairy yang kini di bawah naungan syarikat label Lion Music Group berkata lagu ‘Put The Word In’ boleh juga didapati di semua platform digital seperti Spotify, Joox, Apple music dan iTunes.

Anak kepada penyanyi terkenal era 90-an, Rohana Jalil itu turut mempunyai perancanga­n untuk mengeluark­an beberapa lagi ‘single’ pada masa hadapan.

“Kini, saya fokus pada single sahaja dan belum mempunyai perancanga­n untuk menghasilk­an album,” katanya.

Kilafairy mula terlibat dalam bidang nyanyian dengan single pertamanya ‘Pasti’ pada 2012 dan empat tahun kemudian, menghasilk­an dua lagi single - ‘Warna Cinta’ bersama Aliff Aziz, dan ‘Setia’. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia