Utusan Borneo (Sabah)

SMK Perempuan lancar produk PVMA

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Sekumpulan pelajar Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan di sini, mengorak satu lagi langkah ke hadapan dengan melancarka­n produk PVMA pada Sabtu.

Antara produk berkenaan termasuk sabun kecantikan, skrub, sabun cuci pakaian dan pelembut fabrik serta sabun cuci pinggan, dengan lingkungan harga jualan bermula dari RM6.90 hingga RM9.90.

Majlis pelancaran itu telah disempurna­kan oleh Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mohd Fazli Abd Rozah.

Pengetua SMK Perempuan Teo Poo Siang berkata, sekolah itu telah mula mengajar subjek PVMA pada 2010 hingga 2015 di mana dua bidang ditawarkan pada ketika itu iaitu penjagaan muka dan dandanan rambut.

Selepas itu, sekolah berkenaan mengajar kecantikan estetik sehingga kini yang merangkumi beberapa bidang seperti rawatan muka, urutan serta penjagaan kuku (manicure dan pedicure).

“Selain daripada kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar yang mengambil kursus ini juga ditawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2. Ini bermakna, mereka mempunyai kemahiran yang boleh membantu selepas tamat belajar nanti. Selepas SPM, mereka juga boleh menyambung pelajaran dalam bidang sama bagi mendapatka­n SKM Tahap 3 dan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit PVMA Siti Rohani Kassim berkata, perlu ada satu anjakan dalam subjek itu membuatkan mereka menjalanka­n satu aktiviti untuk menghasilk­an beberapa produk seperti sabun kecantikan serta sabun cuci pinggan dan baju.

Katanya, selain daripada untuk mengisi masa dalam pembelajar­an, para pelajar juga boleh menjana pendapatan sampingan.

“Di samping memberi pendedahan kepada pelajar, kita juga ingin memberi perangsang yang mereka mempunyai pilihan lain sekiranya tidak dapat menyambung pelajaran dalam bidang akademik. Dalam masa yang sama, kita ingin meningkatk­an keyakinan diri mereka,” jelasnya.

Sementara itu, para pelajar PVMA yang ditemui amat berbangga dengan kejayaan menghasilk­an produk berkenaan di bawah bimbingan guru-guru.

Produk berkenaan yang dihasilkan di sekolah berkenaan, kini turut dijual di Pasar Malam Kim Fung pada setiap Sabtu.

 ??  ?? DUA pelajar PVMA menunjukka­n dua produk yang dihasilkan.
DUA pelajar PVMA menunjukka­n dua produk yang dihasilkan.
 ??  ?? MOHD Fazli (tiga kanan) bersama pelajar PVMA mempamer antara produk yang berjaya dihasilkan.
MOHD Fazli (tiga kanan) bersama pelajar PVMA mempamer antara produk yang berjaya dihasilkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia