Utusan Borneo (Sabah)

KRT perlu tingkat usaha jayakan misi

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) seluruh daerah perlu meningkatk­an usaha menjayakan misi keselamata­n di kampung masing-masing.

Pegawai Perpaduan Daerah Lahad Datu Jamaluddin Abdul Rahman berkata, usaha itu perlu digembleng bersama untuk mencapai matlamat aktiviti yang dianjurkan.

“Ia juga perlu melibatkan semua ahli komuniti terutama dalam kalangan belia khususnya pelajar agar fokus penyampaia­n maklumat kepada golongan itu sampai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Ramah Mesra dan Permuafaka­tan Kampung Long Danau Tahun 2018, di sini pada Ahad.

Menurutnya, Lahad Datu yang mempunyai sebanyak 47 KRT telah ditubuhkan hampir di seluruh kampung di Lahad Datu dan Tungku.

Katanya, KRT berperanan sebagai mata dan telinga kerajaan, agen memperkuku­h peraduan dalam kalangan masyarakat bersama agensi kerajaan.

Pada perkembang­an yang sama, Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad ketika berucap menyeru penduduk kampung tampil menyalurka­n maklumat demi keselamata­n.

Beliau turut menggesa agar intitusi keluarga khususnya ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawasi gerak-geri anak-anak mereka.

“Anak-anak kita zaman sekarang amat terdedah kepada pelbagai anasir negatif dan dengan mudahnya mempengaru­hi mereka.

“Internet umpamanya menjadi punca pada pelbagai bentuk jenayah dan ibu bapa amatlah penting memantau perkembang­an anak-anak terutamany­a usia awal remaja,” katanya.

KRT Kg Long Danau menganjurk­an program itu dengan menganjurk­an pertanding­an memancing, mewarna, gubahan bunga, meneka bilangan biji buah sawit dan beratnya.

Difahamkan KRT Kg Long Danau yang dipengerus­ikan Yusuf Harizemah merupakan antara KRT di Lahad Datu yang aktif menganjurk­an aktiviti melibatkan penduduk kampung.

 ??  ?? JAMALUDDIN, Hamzah dan Yusuf bersama jawatankua­sa KRT Kg Long Danau dan Amanita yang hadir.
JAMALUDDIN, Hamzah dan Yusuf bersama jawatankua­sa KRT Kg Long Danau dan Amanita yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia