Utusan Borneo (Sabah)

Keindahan Malaysia tiada bandingan: Najib

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatka­n keindahan Malaysia bukan sahaja dari sudut fizikal tetapi juga keistimewa­an gaya hidup rakyat, hubungan kaum, kebebasan, keselamata­n dan mobiliti sosial.

Berkongsi pengalaman­nya dijemput melawat pelbagai negara di semua benua di dunia sebagai menteri kabinet dan perdana menteri, selain pernah belajar di London sejak berumur 13 tahun, katanya tiada negara lain seperti Malaysia.

Dari segi mobiliti sosial, beliau berkata kerajaan menyediaka­n peluang kepada rakyat untuk mendapat pendidikan seluas-luasnya melalui subsidi tidak langsung sejak peringkat prasekolah hingga pengajian tinggi, sekali gus membolehka­n rakyat yang kurang berkemampu­an mengubahke­hidupanmas­ingmasing.

“Yuran universiti awam (UA) tidak pernah dinaikkan dengan lebih 90 peratus kos ditanggung oleh kerajaan. Harga roti canai dan teh tarik pun naik, tetapi yuran pengajian tidak pernah naik.

(Bagi) setiap pelajar sekolah menengah juga, kos yang ditanggung kerajaan adalah RM8,900 dan sekolah rendah sebanyak RM8,000. Inilah antara keindahan Malaysia,” katanya pada program Siswa bersama Perdana Menteri anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteriiste­ri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di Seri Perdana, di sini pada Ahad.

Menjelas lanjut, Najib berkata mobiliti sosial hasil dasar-dasar kerajaan dalam aspek pendidikan juga dapat dilihat dalam barisan jemaah menteri dan pimpinan kanan kerajaan yang sebahagian daripada mereka berasal daripada keluarga kurang berkemampu­an.

Memetik beberapa nama seperti Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Perbendaha­raan(KSP)TanSri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad Tan Sri Abdul Wahid Omar, beliau berkata mereka menjadi insan berjaya kerana kesungguha­n dalam menggunaka­n peluang yang diberikan kepada mereka.

“KSN pernah beritahu saya (dahulu) kalau hari ini dia makan ikan kembung, esoknya dia makan kuah ikan kembung.

KSP pula, ibunya terpaksa menjadi pembantu rumah untuk membiayai pendidikan anak-anaknya. Mereka tidak merungut, tetapi mereka menggunaka­n kesempatan dalam situasi negara yang semakin baik,” katanya.

Perdana Menteri berkata keindahan Malaysia juga dilihat dari segi gaya hidup seperti budaya dan makanan tempatan, yang disifatkan­nya sebagai tiada tandingann­ya di dunia.

“Saya suka ikan patin masak tempoyak dan yang terbaharu nasi vanggey di Ipoh. Kalau pergi London, sehari dua makan makanan ‘orang putih’ boleh la, tetapi lepas itu saya cari nasi juga,” katanya sambil ketawa.

Dari segi keselamata­n pula, Najib berkata beliau berasa lebih selamat di Malaysia berbanding manamana negara yang pernah dilawatiny­a.

“Semasa di New York pemandu menasihatk­an saya tidak pergi ke sesetengah tempat, begitu juga di Johannesbu­rg. Tetapi di Malaysia, Alhamdulil­lah secara umumnya kita rasa selamat,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia