Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan kaji cadangan tingkatkan paras gaji minima

-

JOHOR BAHRU: Kerajaan sedang mengkaji cadangan meningkatk­an kadar gaji minimum bagi membantu rakyat berpendapa­tan rendah dan sederhana berhadapan dengan kos sara hidup selari dengan perkembang­an dan pembanguna­n sosio ekonomi negara ketika ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ia merupakan satu daripada pelan jangka panjang di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang akan dilaksanak­an kerajaan bagi memastikan kesejahter­aan rakyat terjamin.

“Iniantarac­adanganyan­gkita fikirkan akan dapat membantu rakyat selain daripada pelanpelan jangka pendek yang kita ada seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan program-program Sentuhan Rakyat yang mengetenga­hkan penjualan barang-barang keperluan pada harga murah.

“Antara cadangan jangka panjang yang lain adalah memperbany­akkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat supaya rakyat mempunyai pilihan untuk menjana pendapatan yang lebih yang akhirnya akan dapat menyelesai­kan isu kos sara hidup ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Pulai, di sini, pada Ahad.

Tambah Anggota Parlimen Pulai itu, perkembang­an dan pembanguna­n negara merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup yang tidak dapat dielakkan dalam memastikan negara tidak ketinggala­n.

“Kita adalah kerajaan yang prihatin, tidak ada gunanya sekiranya negara kita membangun tetapi rakyat kita menderita. Untuk itu kerajaan telah menyediaka­n banyak pelan membantu rakyat seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, dan programRum­ahMampuMil­ik, PR1MA dan MyHome.

“Kita juga ada projek yang menggalakk­an penggunaan pengangkut­an awam seperti Transit Aliran Massa (MRT), Sistem Transit Rapid (RTS) di Johor dan Singapura, dan Bas Rapid Transit (BRT).

“Jadi tidak benar jika pembangkan­g mendakwa kerajaan tidak mempedulik­an nasib rakyat kerana kita adalah kerajaan yang sistematik, yang mempunyai perancanga­n yang kukuh,” katanya.

Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang ditubuhkan baru-baru ini akan memfokuska­n kepada enam Jawatankua­sa Kumpulan Kerja Kluster Utama melibatkan kluster makanan, perumahan, pendidikan, pengangkut­an, utiliti dan kesihatan.

Kali terakhir kadar gaji minimum dinaikkan adalah pada tahun 2016 dengan kadar gaji minimum bulanan pekerja terkini di Semenanjun­g Malaysia adalah RM1,000 manakala RM920 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan. - Bernama

 ??  ?? NUR JAZLAN beramah mesra dengan orang ramai pada Program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Pulai di Taman Cempaka pada Ahad. - Gambar BERNAMA
NUR JAZLAN beramah mesra dengan orang ramai pada Program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Pulai di Taman Cempaka pada Ahad. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia