Utusan Borneo (Sabah)

TPM umum kenaikan elaun anggota dan pegawai APM

-

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumka­n kenaikan elaun anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) masing-masing daripada RM6 kepada RM8 sejam dan RM7.80 kepada RM9 sejam.

Menurut beliau, kenaikan elaun yang memberi manfaat kepada kira-kira 2.1 juta anggota dan pegawai APM di seluruh negara itu adalah bagi menghargai jasa dan khidmat mereka dalam menghulurk­an bantuan awal.

Jelas beliau, elaun uniform sebanyak RM10 juta turut akan diberikan pada tahun ini berbanding RM5 juta pada tahun lepas.

Beliau turut mengarahka­n permohonan dikemukaka­n kepada Jabatan Perkhidmat­an Awam bagi perjawatan tetap dan kenaikan gred perjawatan tetap.

Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk berkata demikian ketika berucap pada perasmian program bersama warga Angkatan Pertahanan Awam Bagan Datuk di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk di sini pada Ahad.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Ketua Pesuruhjay­a APM Mejar Jeneral (B) Datuk Azmy Yahya dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM Datuk Mohd Zuki Ali.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, hanya kerajaan yang prihatin sahaja akan memberikan kepedulian, bukan hanya kementeria­n, jabatan dan agensi, malah badan kesukarela­wanan turut diberikan kepedulian oleh kerajaan BN.

“Tuan-tuan tak pernah minta tetapi kami tak perlu diminta kerana sekiranya perkara itu munasabah untuk diberikan sebagai penghargaa­n kepada semangat kesukarela­wanan, tak perlu diminta (maka) kerajaan akan meluluskan,” katanya. - Bernama

 ??  ?? AHMAD Zahid (kiri) menyampaik­an watikah pelantikan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) kepada Leftenan Kolonel Bersekutu (Pertahanan Awam) kepada Sulaiman Shamsuddin (kanan) ketika program Bersama Warga APM Bagan Datuk di Sekolah Menengah Sains...
AHMAD Zahid (kiri) menyampaik­an watikah pelantikan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) kepada Leftenan Kolonel Bersekutu (Pertahanan Awam) kepada Sulaiman Shamsuddin (kanan) ketika program Bersama Warga APM Bagan Datuk di Sekolah Menengah Sains...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia