Utusan Borneo (Sabah)

Transforma­si di IKBN tepati kehendak industri: Khairy

-

REMBAU: Program transforma­si yang dilakukan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) menepati keperluan dan kehendak industri, kata Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata usaha itu dibuat berikutan kebolehpas­aran pelatih pada empat tahun lalu hanya 83 peratus berbanding dan selepas membuat penambahba­ikan, 93 peratus pelatih telah mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat belajar.

“Kita tidak mahu kamu semua (pelatih) terpaksa terkapai-kapai dalam mencari pekerjaan kerana tidak dapat meyakinkan majikan untuk mengambil pelatih bekerja menjadi tenaga mahir di dalam industri.

Sekarang kita sudah mula mendapat hasil setelah melakukan transforma­si tersebut kerana syarikat-syarikat termasuk dari luar negara telah mula melihat pelatih lulusan IKTBN dan IKBN untuk dijadikan sebagai tenaga kerja mahir di syarikat mereka,” katanya dalam ucapan Majlis Pelancaran Impak Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) @ Komuniti di sini, pada Ahad.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Chembong Datuk Zaifulbahr­i Idris dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) Malaysia Datuk Lokman Hakim Ali.

Khairy berkata untuk meningkatk­an kebolehpas­aran pelatih dari IKTBN dan IKBN, kerajaan menyediaka­n kemudahan latihan kepada pelajar di institut kemahiran secara percuma berserta elaun dan juga membuat transforma­si dalam penambahba­ikanuntuk melatih mereka supaya mendapat tempat dalam industri.

Beliau turut berkata transforma­si Latihan Bina Insan di ILKBS juga turut dibuat dengan mewujudkan Program Anugerah Remaja Perdana bagi membentuk nilai murni dan juga sikap kesukarela­an yang mempunyai piawaian antarabang­sa merangkumi empat komponen iaitu khidmat masyarakat, rekreasi fizikal, kemahiran dan pengembara­an lasak.

Mengenai program Impak ILKBS @ Komuniti yang dilancarka­n hari ini, Khairy berkata pelatih-pelatih institut kemahiran di bawah ILKBS perlu digalakkan untuk menyumbang balik kepada masyarakat dalam bentuk tenaga kepakaran atau kemahiran seperti menyelengg­ara kemudahan awam.

“Kementeria­n mensasarka­n 132 program khidmat masyarakat yang melibatkan 34,320 belia dan komuniti setempat di seluruh negara manakala bagi zon tengah iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sebanyak 36 program akan dilaksanak­an yang bakal memberi faedah kepada pelbagai golongan masyarakat.

Tujuannya bagi meningkatk­an semangat kesukarela­an di kalangan belia di samping memupuk kesedaran dalam diri belia dan pelatih tentang kebajikan, sosioekono­mi dan sebagainya seperti membuat pendawaian elektrik, penyelengg­araan bangunan, gelanggang sukan, sekolah tahfiz dan juga kerja-kerja sosial melibatkan golongan yang memerlukan,” katanya.

Program Impak ILKBS @ Komuniti yang dilancarka­n pada Ahad melibatkan 22 institut kemahiran terdiri daripada IKBN, IKTBN dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) dari seluruh negara dengan dana hampir RM1 juta dari KBS bagi menjayakan program ini. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia