Utusan Borneo (Sabah)

SMK Lajau beri peluang pelajar tunjuk bakat

-

LABUAN: Kejohanan Sukan Olahraga SMK Lajau telah diadakan di Kolej Matrikulas­i Labuan pada 3 dan 4 Mac lalu.

Kejohanan Sukan Olahraga ini telah dijayakan oleh 150 orang pelajar yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara balapan seperti 100 meter dan 200 meter serta 800 meter dan 1500 meter.

Manakala peserta perbarisan pula terdiri daripada 185 orang pelajar.

Selain itu, pada hari kemuncak kejohanan diadakan juga acara terbuka untuk warga PIBG yang hadir menyaksika­n anak-anak mereka bertanding dan acara terbuka khas untuk murid-murid istimewa dari kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Objektif Kejohanan Sukan Olahraga ini diadakan bertujuan untuk memilih peserta dan pasukan sekolah bagi pertanding­an ke peringkat negeri yang dijadualka­n pada hujung bulan Mac ini.

Selain itu, kejohanan ini diadakan untuk memperkemb­angkan potensi murid dalam sukan olahraga dan sebagai pendedahan kepada murid situasi sebenar pertanding­an pada peringkat yang lebih tinggi.

Acara kejohanan yang dipertandi­ngan menerusi lima buah rumah sukan ini iaitu Perdana, Satria, Wira, Inspira dan Waja mendapat sambutan yang baik daripada semua pelajar SMK Lajau.

Bagi acara padang, telah dilaksanak­an di padang sekolah SMK Lajau pada 2 Mac 2018.

Kejohanan Sukan Olahraga di SMK Lajau pada tahun ini dijayakan dengan kerjasama padu oleh 60 orang guru dan 12 orang kakitangan sokongan yang bergabung tenaga membentuk jawatankua­sa yang mantap di samping kerjasama erat ahli jawatankua­sa PIBG SMK Lajau.

Terdapat beberapa atlet yang telah berjaya memecahkan rekod baharu bagi beberapa acara.

Antaranya ialah rekod baharu acara lompat jauh oleh Mohd Abri Mohd Salleh dari Rumah Sukan Inspira sejauh 5.65 meter sekaligus memadam rekod lama 5.36 meter.

Manakala Dayangku Nur Lailatul Fatihah pula berjaya mencipta rekod baharu bagi acara 1500 meter dengan catatan masa baharu 7 minit 26 saat berbanding rekod lama 7 minit 33 saat.

Pada kali ini, juara menjadi milik Rumah Sukan Waja diikuti Rumah Sukan Satria, Rumah Sukan Wira, Rumah Sukan Perdana dan kelima Rumah Sukan Inspira.

Kemenangan ini menjadi suntikan semangat kepada semua pelajar di SMK Lajau untuk terus bersaing secara sihat sesama mereka dalam acara sukan.

Dalam ucapan aluan Pengetua SMK Lajau Mohd Jamatin Abd Latip menyentuh tentang kemenjadia­n murid bukan sahaja dalam akademik malah dalam sahsiah dan sukan juga perlu diseimaban­gkan.

Beliau sangat terharu dan berterima kasih kepada semua pelajar SMK Lajau yang menunjukka­n disiplin yang sangat tinggi ketika berada di Kolej Matrikulas­i Labuan dalam kejohanan sukan olahraga pada tahun ini.

Beliau mengucapka­n syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Kejohanan Sukan Olahraga SMK Lajau kali ke-21.

Kejohanan Olahraga SMK Lajau Kali Ke-21/2018 telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan.

 ??  ?? ASBOLLAH (lima kanan) dan Mohd Jamatin (enam kiri) bersama warga SMK Lajau yang menjayakan Kejohanan Sukan Olahraga 2018.
ASBOLLAH (lima kanan) dan Mohd Jamatin (enam kiri) bersama warga SMK Lajau yang menjayakan Kejohanan Sukan Olahraga 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia