Utusan Borneo (Sabah)

Sabah azam rapati Felda United Skuad Badak berhadapan MISC-MIFA malam ini

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Sabah berazam untuk merapatkan diri dengan pendahulu Felda United FA dalam saingan Liga Perdana yang menyambung aksi berhadapan MISCMIFA di Stadium Majlis Perbandara­n Petaling Jaya (MPPJ), Selangor malam ini.

Skuad Badak kini berada pada kedudukan ketiga dalam liga 12 pasukan itu selepas mengumpul lapan mata menerusi dua kemenangan dan seri sebanyak dua kali, sambil Felda yang memenangi kesemua lima perlawanan kini mengumpul 15 mata.

UiTM FC yang juga telah mengharung­i lima perlawanan mengumpul sembilan mata untuk berada pada kedudukan kedua, dan Sabah dengan harap mengutip tiga mata penuh menerusi perlawanan kelima menentang MISC-MIFA akan memperbaik­i satu kedudukan.

Ketua jurulatih Jelius Ating (gambar) berkata, para pemain telah bersiap sedia untuk menghadapi perlawanan malam ini yang akan bermula 9.00 malam, dan membawa balik kejayaan.

“Dua rekod tanpa menang sebelum ini tidak akan menganggu tumpuan kita malam esok kerana sehingga kini kita masih memegang rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana.

“Saya percaya para pemain

“Saya percaya para pemain mahu meneruskan rentak (tanpa kalah) ini untuk kita memburu kedudukan terbaik dalam liga ini dan seterusnya memburu tempat ke Liga Super ” musim hadapan.

JELIUS ATING Ketua jurulatih

mahu meneruskan rentak (tanpa kalah) ini untuk kita memburu kedudukan terbaik dalam liga ini dan seterusnya memburu tempat ke Liga Super musim hadapan,” jelas beliau dihubungi pada Ahad.

Jelius dijangka akan terus menggunaka­n format 3-5-2 menghadapi MISC-MIFA yang juga masih memegang rekod tanpa kalah selain Felda, UiTM dan Felcra FC.

Lebih meyakinkan Jelius, beliau akan berlepas bersama para pemain yang bebas dari kecederaan serta penggantun­gan perlawanan yang mana membolehka­n beliau menurunkan barisan pemain yang hampir sama sebelum ini.

Robson Rendy Rining akan terus menjadi benteng akhir dibantu oleh barisan pertahanan yang diketuai oleh Rawilson Batuil, bersama import dari Zambia; Francis Kasonde dan Mafry Balang.

Jenius Karib dan Maxsius Musa akan bertindak di bahagian sayap bersama pemain kreatif dari Korea Selatan; Heo Jaenyeong, Mohd Azzizan Nordin dan Sabri Sahar yang akan berlegar di tengah padang.

Barisan serangan akan dikepalai oleh pemain import dari Puerto Rico; Hector Ramos bersama seorang lagi import dari Korea Selatan Lee Gil Hoon.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia