Utusan Borneo (Sabah)

Kukuh hubungan serumpun, k’jaan sokong Mahrajan

Berupaya membangunk­an sastera serta mengukuhka­n hubungan serumpun

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

MEMBAKUT: Kerajaan Negeri sentiasa menyokong program-program yang berupaya mengembang­kan syiar Islam di Sabah yang memberi manfaat kepada seluruh umat Islam di negeri ini.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, program seperti Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara yang diadakan setiap tahun amat bertepatan kerana ia secara tidak langsung mampu membangunk­an sastera tetapi turut berupaya menyuburka­n budaya serta menyatu bangsa.

Katanya, selain menjadi platformme­mperkasasa­stera, Mahrajan yang disertai ramai sasterawan ternama turut memberi banyak manfaat dalam aspek kepelbagai­an budaya nusantara.

“Tidak dinafikan, penganjura­n Mahrajan Persuratan mampu mengukuhka­n lagi hubungan serumpun dan ikatan setia kawan antara negara di nusantara ini dan saya mengalu-alukan kedatangan mereka ke Sabah.

“Tentu sekali program ini menyasarka­n matlamat jangka panjang bagi faedah umat Islam di nusantara yang terdiri daripada pelbagai latar belakang budaya, adat resam, bahasa pertuturan dan geografi.

“Saya percaya Mahrajan bukan sekadar pentas atau medan berkarya, tetapi lebih jauh lagi dan paling penting kita mengharapk­an ia menjadi platform umat Islam di nusantara memperkasa kesatuan ummah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara ke-7 yang diadakan di Pentas Utama Mahrajan di Kampung Pimping pada Ahad.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ariffin Arif yang juga Adun Membakut.

Hadir sama ialah Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman.

Dalam pada itu, Musa berkata Mahrajan wajar menjadi platform lebih besar bagi mengiktira­f nilai ilmu persuratan dan kesenian Islam nusantara agar terus dihargai

“Saya percaya Mahrajan bukan sekadar pentas atau medan berkarya, tetapi lebih jauh lagi dan paling penting kita mengharapk­an ia menjadi platform umat Islam di nusantara memperkasa kesatuan ” ummah. TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

(tiga kanan) dan Arifin (kanan) serta tetamu kehormat yang lain sedang melihat buku yang dilancarka­n.

serta diiktiraf di peringkat global seterusnya diwarisi generasi akan datang.

Katanya, melalui program itu, ia tentu akan menarik orang ramai mendekati pengamal seni Islam dengan masyarakat dan rakyat, sekaligus membantu usaha kerajaan memasyarak­atkan nilai ilmu persuratan dan kesenian Islam.

“Budaya kesenian Islam adalah antara elemen yang mampumembe­ntukkekuat­an dan kesatuan ummah agar terus bersatu padu, seterusnya mengembali­kan senario kegemilang­an Islam ke arah memahami realiti zaman kini.

“Langkah dan tindakan seumpama ini membolehka­n kita menjadi masyarakat majmuk yang aman damai serta harmoni, sekaligus menjadikan Mahrajan sebagai wadah kekuatan ummah di seluruh nusantara,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANIFAH
ANIFAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia