Utusan Borneo (Sabah)

Negara akan alami defisit jika GST dihapuskan

Kalau tiada hasil, hutang negara akan meningkat

-

PUTRAJAYA:Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan menjadi negara defisit tanpa kutipan hasil RM45 bilion melalui pelaksanaa­n cukai barang dan perkhidmat­an (GST).

Tanpa GST, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata negara tidak mungkin mampu mengutip hasil sebanyak RM45 bilion setahun yang kemudian dikembalik­an kepada rakyat dalam bentuk bantuan pendidikan, bantuan kepada pekebun kecil dan nelayan serta Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Kalau pembangkan­g hendak menghapusk­an GST untuk digantikan dengan SST (cukai jualan dan perkhidmat­an), itu tipu. Kalau tidak dapat hasil RM45 bilion, negara akan menjadi negara defisit.

Kita tahu bahawa hutang negara kian menguncup tetapi kalau hasil itu tiada, hutang negara akan meningkat dan menjadi seperti di Greece,” katanya ketika berucap pada Program Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Bersama Siswa di Seri Perdana, di sini pada Ahad.

Najib juga berkata kadar GST Malaysia adalah antara yang terendah di dunia iaitu pada enam peratus, di mana 164 negara lain turut melaksanak­an GST dengan yang terbaru di India.

Malaysia mula melaksanak­an GST pada 1 April 2015.

Menurut Najib, terdapat 13 juta pekerja di negara ini tetapi hanya dua juta daripadany­a yang membayar cukai pendapatan.

“Macam mana nak tampung kalau tiada pendapatan, maka kita terpaksa buat GST.

Kempen nak hapuskan GST tu senang, tapi nak terang teori itu.. tiada,” kata Najib lagi.

Berucap di hadapan 400 pelajar institusi awam dan swasta, Najib berkata beliau berharap sebagai warga yang berpendidi­kan tinggi, para mahasiswa perlu memainkan peranan untuk memberitah­u rakyat bahawa GST adalah sistem percukaian terbaik kepada negara.

Turut hadir di majlis yang sama isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua Bakti Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam pada itu, Najib berkata kerajaan telah membuat perancanga­n besar untuk negara demi kesenangan generasi akan datang.

“Kita sedang membuat pelaburan untuk masa depan Malaysia.. bila kita bangunkan sebuah tamadun, kita perlu menimbangk­an mengenai orang muda sebagai aset dan setiap dasar mesti menjadikan aset ini nanti akan membawa pulangan untuk masa depan negara, katanya.

“Kita lihat Transit Aliran Massa (MRT) Sungai BulohKajan­g telah siap dan kita akan buat MRT 2 ke Putrajaya dan turut merancang MRT3 untuk keseluruha­n kawasan Lembah Klang,” katanya.

Jelasnya bukan sahaja dari segi pelbagai projek pembanguna­n yang dirancang kerajaan, malahan melalui projek yang dibangunka­n secara langsung menyediaka­n peluang pekerjaan.

Selain itu, Perdana Menteri

melihat projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) bakal mengubah gaya hidup rakyat pada masa depan.

“Bila siap HSR nanti, nilai tanah akan naik dan berlaku perubahan landskap yang mana orang Singapura pun akan beli rumah di Malaysia dan orang Malaysia akan kerja di Singapura,“katanya. Bernama

“Kalau pembangkan­g hendak menghapusk­an GST untuk digantikan dengan SST (cukai jualan dan perkhidmat­an), itu tipu. Kalau tidak dapat hasil RM45 bilion, negara akan menjadi negara defisit. Kita tahu bahawa hutang negara kian menguncup tetapi kalau hasil itu tiada, hutang negara akan meningkat dan menjadi ” seperti di Greece. DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

 ?? - Gambar BERNAMA ?? NAJIB dan Rosmah bergambar bersama mahasiswa pada program BAKTI dan Siswa di Seri Perdana pada Ahad.
- Gambar BERNAMA NAJIB dan Rosmah bergambar bersama mahasiswa pada program BAKTI dan Siswa di Seri Perdana pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia