Utusan Borneo (Sabah)

Pengundi muda ‘penentu’ kemenangan BN PRU14

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pengundi muda diakui boleh memainkan peranan besar sebagai penentu kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Negeri Sabah Tan Sri Musa Hj Aman berkata menjadi tanggungja­wab Pergerakan Pemuda dan Puteri ‘menarik’ pengundi muda.

“Percayalah jumlah pengundi muda ini besar dan boleh memberikan kemenangan kepada kita,” katanya, semasa melancarka­n Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kawasan Apas, di Kg Apas Parit, di sini pada Ahad.

Musa yang juga Ketua Menteri berkata Pemuda dan Puteri Umno perlu berusaha mengenalpa­sti golongan pengundi muda khususnya yang belum menjadi ahli Umno.

Menurutnya, hal itu perlu dilaksanak­an sejajar penubuhan Jalinan Rakyat (JR) Plus kerjasama Wanita dengan Pemuda dan Puteri serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).

“Anda perlu mengenali pengundi muda justeru cuba periksa jika ada pengundi baharu di kawasan anda, dan kenalpasti mereka yang tidak berparti,” katanya.

Beliau berkata orang muda kini tidak selalu mengikuti media elektronik dan cetak arus perdana, tetapi selalu bersama telefon pintar mereka yang terdedah dengan tuduhan liar.

Mengulas lanjut, beliau khuatir jika orang muda mudah terpengaru­h dengan tohmahan, fitnah dan tuduhan liar palsu yang tersebar menerusi aplikasi media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia