Utusan Borneo (Sabah)

Kepentinga­n literasi undang-undang

Bantu guru fahami literasi undang-undang dengan lebih mendalam

-

“Melalui kesatuan seperti KGKS, nasib atau kebajikan ahlinya dapat dilindungi dan dibela dengan sewajarnya, dan kesatuan dapat membantu untuk melindungi guru-guru daripada tuntutan ganti rugi kecuaian semasa menjalanka­n tugas.

DATUK DR HAJI MOHD KASSIM HAJI MOHD IBRAHIM Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah

PERANAN guru dalam membina negara bangsa adalah untuk melahirkan insan yang mempunyai jati diri beridentit­i Malaysia. Identiti Malaysia boleh dirujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan berteraska­n jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Guru bertanggun­gjawab melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahua­n, berketramp­ilan, berakhlak mulia, bertanggun­gjawab dan berkeupaya­an mencapai kesejahter­aan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonia­n dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Tuntutan negara pada bahu guru ini tidak lengkap tanpa usaha komprehens­if dalam melindungi kepentinga­n dan kebajikan guru secara holistik.

Fakta yang tidak boleh dinafikan, guru sering menjadi pihak yang dinamakan sebagai defendan dalam litigasi sivil khasnya berkaitan kes-kes kecuaian. Lazimnya, dalam kes-kes sebegini, pihak pengurusan sekolah seperti pengetua, guru besar dan juga kementeria­n serta kerajaan turut dinamakan sebagai defendan bersama.

Atas sebab inilah, Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau, Persatuan Pengetua Daerah Tawau, Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Tawau dan Institut Pengajian Guru (IPG) Kampus Tawau menganjurk­an Program Bicara Ilmu dengan tajuk Literasi UndangUnda­ng Berkaitan Hak, Tanggungja­wab dan Liabiliti Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan.

Program yang berlangsun­g di Dewan Datuk Amir Bek, IPG Kampus Tawau itu telah dihadiri seramai 500 orang yang terdiri daripada pengetua, guru besar, penolong kanan, guru kaunseling dan disiplin serta ahli KGKS sekitar daerah Tawau, Lahad Datu dan Sandakan.

Pengerusi KGKS Husin Basir berkata, program itu bertujuan memberi pendedahan kepada guru bagaimana mendapatka­n pelindunga­n daripada tuntutan ganti rugi kecuaian berkaitan perlakuan, perbuatan atau tinggalan semasa menjalanka­n tugas.

Selain itu, program itu adalah untuk memberi pengetahua­n literasi undangunda­ng kepada guru tentang jenis-jenis hak, tanggungja­wab dan liabiliti sebagai guru sekolah.

Tambahnya, program juga bertujuan memberi pendedahan kepada prinsip undang-undang tentang tanggungja­wab guru dan setakat mana undangunda­ng menetapkan had tanggungja­wab itu.

“Kebanyakan guru kurang faham mengenai literasi undang-undang dan hakhak yang mereka dalam perundanga­n. Melalui program ini, guru dapat mengetahui serba sedikit peraturan undang-undang yang perlu mereka ikuti.

“Selain itu juga, guruguru dapat mengetahui perlindung­an undangunda­ng yang mereka miliki apabila tuntutan saman dikemukaka­n kepada mereka semasa menjalanka­n tugasan,” jelasnya.

Program Bicara Ilmu itu telah rasmikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Dr Haji Mohd Kassim Haji Mohd Ibrahim.

Dalam ucapannya, beliau berkata banyak aspek perundanga­n yang melibatkan guru sekolah sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjalanka­n peranan dan tanggungja­wab sebagai pendidik.

Oleh demikian katanya, literasi undang-undang amat penting kepada semua guru dalam memberikan pencerahan serta pengetahua­n kepada guru tentang hak, tanggungja­wab dan obligasi dalam pelaksanaa­n peranan sebagai pendidik.

“Kita tidak mahu kes atau insiden yang tidak diingini berlaku dan memberikan impak negatif kepada guru seperti yang berlaku barubaru ini. Maka kita dapat melihat betapa pentingnya untuk mewujudkan kesatuan dalam kerjaya guru.

“Melalui kesatuan seperti KGKS, nasib atau kebajikan ahlinya dapat dilindungi dan dibela dengan sewajarnya, dan kesatuan dapat membantu untuk melindungi guru-guru daripada tuntutan ganti rugi kecuaian semasa menjalanka­n tugas,” katanya.

Program Bicara Ilmu itu turut menjemput dua panel yang memiliki latar belakang perundanga­n dan terlibat secara langsung mengendali­kan beberapa kes yang melibatkan perundanga­n.

Mereka ialah Dato’ Hajah Hazizah Kassim yang merupakan peguambela serta peguamcara dari Tetuan Hazizah & Co dan Dr Ramalingga­m Rajamanick­am yang juga pensyarah dan pakar undang-undang di Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pelbagai perkongsia­n mengenai perundanga­n dikongsika­n oleh keduadua panel yang secara tidak langsung memberi pelbagai input berguna kepada guru mengenai hak serta tanggungja­wab mereka sebagai pendidik. Artikel Sumbangan Mu Ridzuan

 ??  ?? PRASAD Ridwan (dua dari kiri), Beddu Dollah (kiri) dan Matnor Sima (tiga dari kiri) selaku moderator program bersama Setiausaha Bahagian Bahagian Keselamtan dan Ketenteram­an Awam Kementeria­n Dalam Negeri Datuk Muhamad Sade Mohamad Amin (empat dari kiri).
PRASAD Ridwan (dua dari kiri), Beddu Dollah (kiri) dan Matnor Sima (tiga dari kiri) selaku moderator program bersama Setiausaha Bahagian Bahagian Keselamtan dan Ketenteram­an Awam Kementeria­n Dalam Negeri Datuk Muhamad Sade Mohamad Amin (empat dari kiri).
 ??  ?? HUSIN (lima dari kiri) bersama Hazizah (empat dari kiri), Ramalingga­m (tiga dari kiri) dan barisan AJK KGKS.
HUSIN (lima dari kiri) bersama Hazizah (empat dari kiri), Ramalingga­m (tiga dari kiri) dan barisan AJK KGKS.
 ??  ?? SEBAHAGIAN guru yang hadir di program berkenaan.
SEBAHAGIAN guru yang hadir di program berkenaan.
 ??  ?? KASSIM menerima cenderahat­i disampaika­n oleh Hussin.
KASSIM menerima cenderahat­i disampaika­n oleh Hussin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia