Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 2,000 sertai larian ‘KIMIA RUN 2018’

-

LEBIH 2,000 orang termasuk dari negeri jiran, Sarawak, mengambil bahagian dalam KIMIA RUN 2018 anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Sabah serta anjuran bersama MS Sport & Management pada Ahad.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang turut menyertai larian itu berkata objektif utama program adalah untuk menyokong hasrat kerajaan dalam mengamalka­n gaya hidup sihat dan membudayak­an sukan serta rekreasi dalam kalangan masyarakat umum.

“Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Sabah turut sama mengambil inisiatif menyahut seruan kerajaan dalam membudayak­an aktiviti sihat dalam kalangan rakyat khususnya penduduk negeri ini,” katanya ketika berucap merasmikan larian itu di Padang Kompleks Sukan Penampang.

Beliau berkata acara itu juga bertujuan memperkena­lkan Jabatan Kimia Malaysia sebagai agensi bawah kementeria­nnya yang menerajui perkhidmat­an kimia analisis dan sains forensik kepada masyarakat melalui pameran mini interaktif sebagai acara sampingan sempena larian itu.

Justeru, beliau berharap pameran interaktif seumpama itu dapat memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya pengetahua­n sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM) dalam kehidupan harian.

“Di samping itu, gelombang Revolusi Industri 4.0 juga menjadi pemangkin kepada kemajuan negara pada masa hadapan dan perlu selaraskan mengikut pelan Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang akan dilaksanak­an kerajaan tidak lama lagi,” katanya.

Beliau yang turut menyampaik­an hadiah kepada pemenang dan cabutan bertuah kepada peserta larian yakin, melalui kesungguha­n yang ditunjukka­n kerajaan hari ini untuk memajukan rakyat, masa depan negara ini akan terus gemilang. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia