Utusan Borneo (Sabah)

Cranberrie­s teruskan album baharu walaupun O’Riordan tiada

-

KUMPULAN rock dari Ireland, The Cranberrie­s, berkata mereka akan meneruskan sebuah album baharu walaupun penyanyi Dolores O’Riordan mati mengejut pada Januari lalu.

Tiga anggota The Cranberrie­s yang masih hidup berkata O’Riordan sudah merakamkan vokal untuk sebuah album baharu, yang kumpulan itu sekarang harap untuk siapkan dan keluarkan pada awal 2019.

The Cranberrie­s berkata mereka juga akan meneruskan pengeluara­n semula sempena ulang tahun ke-25 pada tahun ini bagi album sulung mereka ‘Everyone Else is Doing it, So Why Can’t We?’ selepas menangguhk­an kerja ekoran kematian O’Riordan.

“Selepas banyak pertimbang­an, kami telah membuat keputusan untuk menyiapkan apa yang kami telah mulakan,” tulis kumpulan itu dalam Facebook.

“Kami memikirkan­nya dan memutuskan iaitu memandangk­an ini adalah sesuatu yang kami mulakan sebagai sebuah band, bersama Dolores, kami seharusnya meneruskan­nya dan menyiapkan­nya.”

Album pada 1993 itu ternyata berjaya pada peringkat antarabang­sa diketuai ‘Linger’, sebuah lagu sayu mengenai ciuman pertama.

Edisi keluaran semula akan diolah semula dan memaparkan bahan yang tidak dikeluarka­n dahulu dari era berkenaan, kata kumpulan itu.

O’Riordan dijumpai mati dalam sebuah hotel di London pada 15 Januari lalu di usia 46 tahun.

Inkues lengkap ke atas kematianny­a ditetapkan pada 3 April, tetapi pihak berkuasa tidak menganggap kematianny­a sebagai mencurigak­an.

Dengan suara yang menggabung­kan nyanyian tradisiona­l Celtic yang berbungabu­nga dengan keganasan punk rock, O’Riordan menentukan bunyi The Cranberrie­s dengan hit-hit besar yang turut termasuk lagu berbaur politik ‘Zombie’.

The Cranberrie­s kali terakhir mengeluark­an album yang mengandung­i bahan baharu ‘Roses’ pada 2012 selepas jurang selama lebih sedekad. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia