Utusan Borneo (Sabah)

Sepuluh artis lagenda bakal kembalikan nostalgia di DBKL

-

SEPULUH artis lagenda bakal mengadakan persembaha­n pada ‘Konsert Malam Nostalgia Lagenda’ di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 18 Mac ini.

Konsert yang dihoskan oleh Imuda dan Abon ini membariska­n Jay Jay, Rahimah Rahim, Fredo, Datuk Yusni Hamid, Herman Tino, Datin Paduka Julie Sudiro, V. Saragapani, Rozita Rohaizad, Shidee dan Aspalela Abdullah.

Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez berkata konsert tersebut lahir hasil kerjasama persatuan itu dengan PR Charity Lane untuk menganjurk­an satu acara yang menampilka­n artis veteran dan lagenda yang jarang mengadakan persembaha­n pentas.

“Cadangan ini timbul setelah Karyawan mengadakan perbincang­an dengan Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah, Pengasas PR Charity Lane dan juga bekas Senator, tentang nasib artis lama ini,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

“Cadangan tersebut seterusnya diketengah­kan kepada WOWKL! yang dulu dikenali sebagai Saloma Bistro dan mereka amat berminat untuk menaja serta merealisas­ikan perkara ini,” tambah beliau.

FORMAT GALA

Menurut Freddie, setelah berjaya pada dua siri yang dianjurkan sebelum ini, kini konsert yang diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur di bawah pimpinan Pengarah Muzik, Mohamad Adzan Mohd Fadzil itu dianjurkan dalam format yang lebih gala.

Konsert yang bermula pada jam 8.30 malam bertempat di Auditorium DBKL, Menara DBKL 1, dianjurkan secara percuma dengan syarat pengunjung perlu mendapatka­n pas masuk percuma di Menara DBKL 1.

Bagi mendapatka­n pas masuk percuma, mereka yang berminat boleh menghubung­i talian Hotline 03-26176300 (Cik Anis Syafinaz - 9 pagi sehingga 5 petang) dalam kadar segera.

 ?? - Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: (Berdiri dari kiri) Herman Tino, Mohamad Adzan Mohd Fadzil, Datuk Freddie Fernandez, Imuda dan Abon serta (duduk dari kiri) Rozita Rohaizad, Datin Paduka Julie Sudiro, Hasliza Abd. Hamid dan V. Saragapani bergambar bersama selepas sidang...
- Gambar Bernama UNTUK ALBUM: (Berdiri dari kiri) Herman Tino, Mohamad Adzan Mohd Fadzil, Datuk Freddie Fernandez, Imuda dan Abon serta (duduk dari kiri) Rozita Rohaizad, Datin Paduka Julie Sudiro, Hasliza Abd. Hamid dan V. Saragapani bergambar bersama selepas sidang...
 ?? - Gambar Bernama ?? Sidang media itu turut dimeriahka­n lagi dengan persembaha­n Rozita Rohaizad, yang mendendang­kan lagu ‘Mahligai Kayangan’. — Bernama PRESIDEN Karyawan (dua kiri) semasa sidang media Konsert Malam Nostalgia Lagenda’.
- Gambar Bernama Sidang media itu turut dimeriahka­n lagi dengan persembaha­n Rozita Rohaizad, yang mendendang­kan lagu ‘Mahligai Kayangan’. — Bernama PRESIDEN Karyawan (dua kiri) semasa sidang media Konsert Malam Nostalgia Lagenda’.
 ?? Gambar Bernama ?? ROZITA Rohaizad menyampaik­an lagu ‘Mahligai Kayangan’ pada sidang media konsert ‘Malam Nostalgia Lagenda’ di Kuala Lumpur baru-baru ini.-
Gambar Bernama ROZITA Rohaizad menyampaik­an lagu ‘Mahligai Kayangan’ pada sidang media konsert ‘Malam Nostalgia Lagenda’ di Kuala Lumpur baru-baru ini.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia