Utusan Borneo (Sabah)

PIBG peroleh dana RM7 juta bina bangunan baharu SM Stella Maris

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

KOTA KINABALU: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah (SM) Stella Maris Tanjung Aru dijangka akan dapat merealisas­ikan impian untuk membina bangunan baharu SM Stella Maris Tanjung Aru tidak lama lagi.

Yang Dipertua PIBG Zahara Ismail berkata, pihaknya baru-baru ini telah berjaya mendapatka­n penyumbang dana sejumlah RM7 juta untuk pembanguna­n sekolah berkenaan.

“DanaRM7jut­aberkenaan adalah sumbangan ehsan oleh seorang ‘hamba Allah’ dari Sarawak di mana ianya akan disalurkan terus ke Tabung PIBG secara berperingk­at-peringkat,’’ katanya dalam ucapannya sempena Mesyuarat Agung PIBG SM Stella Maris 2018 Ke-32 di Dewan Terbuka sekolah itu, di sini pada Sabtu.

MenurutZah­ara,jikasegala pengurusan berhubung pembinaan sekolah baharu SM Stella Maris selesai, kerja-kerja pembinaan dijangka akan bermula pada penghujung tahun 2019.

‘’Bila siap kelak, hasrat untuk mengadakan satu sesi persekolah­an pada hanya sebelah pagi bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 akan dapat dilakasana­kan,’’ tegasnya.

SM Stella Maria Tanjung Aru merupakan antara sekolah yang tidak dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan kini telah menghampir­i usia 50 tahun pada tahun ini.

Pelajarnya terdiri daripada 70 peratus pelajar Islam dan selebihiny­a Kristian dan lain-lain agama. Manakala 40 peratus pelajar adalah penduduk sekitar Tanjung Aru di mana 40 peratus adalah pelajar kalangan keluarga yang berpendapa­tan rendah.

Dalam pada itu, Zahara mengekalka­n jawatan YDP PIBG SM Stella Maris Tg. Aru setelah menang tanpa bertanding dalam pemilihan Jawatankua­sa PIBG Sesi 2018-2019. Turut mengekalka­n jawatan ialah Timbalan YDP PIBG Anne Nilus.

Enam AJK yang turut dilantik ialah Denver James, Milinia Francis, Annie Jamin, Awang Ramlan, Dahlan dan Abdul Rahman Juna.

Turut hadir Pengetua SM Stella Maris Goh Kui Liang, ASP Sabrina Jinius, AJKAJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar kiri) SEBAHAGIAN
ibu bapa yang hadir sempena Mesyuarat Agung PIBG SM Stella Maris 2018 Ke-32. (Gambar kanan) ZAHARA
(duduk, lima kiri) bersama Goh dan barisan AJK PIBG lama dan baharu.
(Gambar kiri) SEBAHAGIAN ibu bapa yang hadir sempena Mesyuarat Agung PIBG SM Stella Maris 2018 Ke-32. (Gambar kanan) ZAHARA (duduk, lima kiri) bersama Goh dan barisan AJK PIBG lama dan baharu.
 ??  ?? LAKARAN bangunan baharu SM Stella Maris yang bakal dibina.
LAKARAN bangunan baharu SM Stella Maris yang bakal dibina.
 ??  ?? ZAHARA (kiri) menerima penghargaa­n pihak sekolah disampaika­n Pengetua Goh Kui Liang.
ZAHARA (kiri) menerima penghargaa­n pihak sekolah disampaika­n Pengetua Goh Kui Liang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia