Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan boling Sedco sedia beraksi di Gemaputera

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Sebanyak lapan pasukan beraksi dalam perlawanan persahabat­an boling Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (Sedco) dan media.

Perlawanan yang diadakan buat julung kalinya itu melibatkan empat pasukan Sedco dan empat lagi pasukan yang diwakili media.

Timbalan Pengurus Besar Kumpulan Sedco Suhaimi Untong berkata, acara sukan itu bukan sahaja bertujuan mengeratka­n jalinan kerjasama antara Sedco dan media.

Malah katanya, ia juga sebagai persediaan pasukan boling Sedco untuk beraksi dalam Kejohanan Sukan Gabungan Agensi-Agensi Amanah Bumiputera dan Perusahaan-Perusahaan Awam Malaysia (Gemaputera).

Menurutnya, acara yang diadakan setiap dua tahun sekali itu bakal berlangsun­g di Perlis bermula 28 hingga 31 Mac ini.

“Ini adalah satu persediaan dan penilaian bagi prestasi pasukan Sedco selepas berlatih hampir tiga bulan.

“Selain boling, kita juga terlibat dengan acara golf, futsal, karom, dart, dan bola jaring.

“Justeru, kita berharap perlawanan persahabat­an ini dapat menambah persediaan Sedco untuk mencapai prestasi yang terbaik dalam kejohanan Gemaputera nanti,” katanya ketika berucap sempena dengan perlawanan persahabat­an boling di sini pada Khamis.

Beliau berkata, menerusi aktiviti sukan seumpama itu, Sedco dapat merapatkan hubungan silaturahi­m bukan sahaja dengan media, tetapi dengan agensi-agensi yang lain.

Pada masa sama jelasnya, ia dapat membantu mempromosi­kan aktiviti dan program yang dianjurkan Sedco.

Menurutnya, hubungan baik dengan media turut membantu mengetenga­hkan peranan Sedco kepada masyarakat sebagai agensi dalam pembanguna­n ekonomi serta sosial di Sabah.

 ??  ?? PARA pemain dan pegawai Sedco merakamkan kenangan bersama sempena dengan perlawanan persahabat­an boling Sedco dan media.
PARA pemain dan pegawai Sedco merakamkan kenangan bersama sempena dengan perlawanan persahabat­an boling Sedco dan media.
 ??  ?? PEMAIN boling Sedco mendengar pesanan ringkas yang disampaika­n Suhaimi (kiri).
PEMAIN boling Sedco mendengar pesanan ringkas yang disampaika­n Suhaimi (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia