Utusan Borneo (Sabah)

B-16: Malaysia jumpa Laos hari ini

-

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 16 (B-16) negara bakal berdepan Laos pada aksi penentuan kelima/keenam pada Kejohanan Bola Sepak Piala Jenesys di Yamazaki, Jepun hari ini.

Skuad muda negara di bawah Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara mengatasi Kemboja, 3-0 pada perlawanan klasifikas­i kelima/kelapan di Kompleks Sukan Yamazakura, hari ini, demikian menurut laman Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pada aksi hari ini, skuad negara meraih jaringan menerusi (Alif Abdul Mutalib pada minit ke-67, Najmudin Akmal Kamal Akmal (minit ke-75) dan Pengiran Ilham Ag Jumaat pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.

Dalam satu lagi aksi klasifikas­i kelima/kelapan, Laos menewaskan Singapura 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi penuh perlawanan.

Untuk rekod, Malaysia sebelum ini tewas 2-1 kepada Jepun pada aksi pembukaan kumpulan A, Jumaat lepas sebelum bangkit membenam Timor Leste 8-0 pada aksi kedua, pada Sabtu.

Berdasarka­n format kejohanan, juara daripada setiap lapan kumpulan, mara ke peringkat suku akhir.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Jepun B-15 dan Timor Leste sementara baki sembilan pasukan lain berada dalam Kumpulan B iaitu Indonesia, Filipina dan Kemboja; Kumpulan C iaitu Thailand, Singapura dan Brunei serta Kumpulan D iaitu Vietnam, Laos dan Pilihan Miyazaki.

Kejohanan tersebut merupakan medan terbaik untuk pengendali skuad B-16 negara, Raja Azlan Shah Raja So’ib mengenal pasti barisan terbaik pemain yang akan mewakili Malaysia pada Kejohanan Remaja B16 Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 2018 di Kuala Lumpur, September ini.

Kejohanan tersebut itu pula bertindak sebagai kelayakan zon Asia bagi Piala Dunia B17 FIFA 2019, dengan empat pasukan teratas layak secara automatik. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia