Utusan Borneo (Sabah)

MSSB Sandakan juara bola baling

Kejohanan Bola Baling MSS Sabah 2018

-

BEAUFORT: Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Sandakan muncul juara keseluruha­n pada Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Sabah ( MSSS) 2018 yang berlangsun­g di Dewan Datuk Seri Panglima Hj. Mohd. Dun Khamis lepas.

Naib johan dimenangi oleh MSSB Barat, tempat ketiga MSSB Selatan selaku tuan rumah, tempat keempat MSSB Pedalaman yang berkongsi mata dengan MSSB Utara dan kelima dimenangi MSSB Tenggara.

Kejohanan tiga hari itu (6-8 Mac) dikelolaka­n oleh Unit Pembanguna­n, Pejabat Pendidikan Beaufort yang merupakan takwim tahunan Jabatan Pendidikan Sabah dua acara iaitu kategori lelaki dan perempuan 12 dan 18 tahun ke bawah.

Kejohanan dianjurkan untuk memilih para pemain terbaik bagi kedua-dua kategori untuk mewakili MSS Sabah ke Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan datang.

Majlis perasmian penutupan dan penyampian hadiah kepada para pemenang telah disempurna­kan oleh Datuk Isnin Hj. Aliasnih Pengerusi Perkasa Trading Sdn.Bhd merangkap Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Seramai 26 orang terdiri daripada pengerusi teknik, technical delegate,panel pemilih dan pengadil yang bertauliah dalam permainan bola baling seluruh bahagian terlibat dalam pengendali­an kejohanan tiga hari itu.

Berikut adalah keputusan penuh kejohanan Bola Baling MSS Sabah 2018:

Kejohanan dianjurkan untuk memilih para pemain terbaik bagi keduadua kategori untuk mewakili MSS Sabah ke Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan datang.

 ??  ?? ISNIN ( dua kiri ) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang jawatankua­sa pengelola kejohanan itu.
ISNIN ( dua kiri ) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang jawatankua­sa pengelola kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia