Utusan Borneo (Sabah)

Ketiadaan Messi tidak jejaskan Barca

-

MADRID, Sepanyol: Lionel Messi tidak beraksi kerana menunggu kelahiran anak lelakinya tetapi kelab beliau, Barcelona masih mampu menewaskan Malaga 2-0, sekali gus menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan 11 mata di tangga teratas La Liga Sepanyol Sabtu lepas.

Messi hanya menonton perlawanan menerusi televisyen di hospital ketika Luis Suarez dan Philippe Coutinho meletakkan Barca 2-0 dalam masa setengah jam perlawanan di La Rosaleda sebelum pemain Malaga, Samuel Garcia dibuang padang pada minit ke-30 ekoran terjahan keras ke atas Jordi Alba.

Kurang seorang pemain dan tanpa kemenangan dari 12 perlawanan, Malaga bimbang dengan kekalahan teruk tetapi Barca kelihatan selesa dengan kedudukan 2-0 dan juga mungkin kerana mempunyai perlawanan penting menentang Chelsea dalam Liga Juara-Juara Selasa ini, mereka kurang mengasak.

Mengenai ketiadaan Messi, jurulatih Barca, Ernesto Valverde berkata: “Saya mengetahui­nya pagi ini (Sabtu), sebelum meninggalk­an rumah. Saya sudah menghubung­i kakitangan kelab dan beliau memberitah­u saya tentang situasi Leo.

“Kami sudah tahu dan menjangkak­an ia akan berlaku. Ia bukan satu masalah besar untuk menggantik­an tempat beliau kerana saya tahu permainan kami.”

Messi dijangka akan kembali dalam kesebelasa­n utama menentang Chelsea di Nou Camp, dengan kedudukan terikat 1-1 dari perlawanan pertama tetapi Valverde mungkin berasa gembira dengan pemain yang mengisi tempat Messi selepas Suarez, Coutinho dan Ousmane Dembele beraksi cemerlang.

Permainanc­emerlangDe­mbele bagaimanap­un dibayangi gol cantik Coutinho.

“Beliaumemi­likikeupay­aan itu,” kata Valverde ketika bercakap tentang Dembele.

“Hari ini saya fikir beliau beraksi lebih baik tetapi apa yang baiknya beliau sentiasa melakukann­ya ke atas lawan, sentiasa mencabar bola, mengelecek dan kami memerlukan pemain seperti itu.”

Kemenangan bermakna Barca menjarakka­n kedudukan dari pencabar terdekat, Atletico Madrid, yang boleh kembali merapatkan kedudukan dengan lapan mata jika menewaskan Celta Vigo pada perlawanan lewat.

Malaga kekal di tangga tercorot liga dengan kekalahan ini.

Pada perlawanan awal, jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane melabelkan penyerangn­ya, Cristiano Ronaldo sebagai “datang dari dunia lain” selepas dua gol beliau membantu Real Madrid menewaskan Eibar 2-1.

Ronaldo membuka jaringan pada awal permainan sebelum Ivan Ramis mengikat kedudukan tetapi beliau menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-84.

Dua gol itu bermakna Ronaldo sekarang sudah menjaringk­an gol dalam tujuh perlawanan berturut-turut atau 13 gol dalam tempoh itu.

Beliau kini menjaringk­an 35 gol dari 37 perlawanan untuk kelab dan negaranya, Portugal.

“Beliau dari dunia lain,” kata Zidane. “Beliau tahu beliau akan menjaringk­an gol. Beliau seorang pemain yang istimewa. Statistik bercakap bagi pihak beliau.”

Kemenangan meletakkan Real kurang empat mata di belakang Atletico sementara Eibar kekal di tangga kelapan.

Pada perlawanan lain, Valencia kekal satu mata di belakang Real tetapi harapan Sevilla untuk menamatkan saingan liga di empat tangga teratas berakhir apabila tewas 0-2 kepada Valencia.

Sevilla sudah ketinggala­n lapan mata di belakang Valencia sebelum sepak mula dan kekalahan menyebabka­n mereka semakin ketinggala­n dengan 11 mata. — AFP

 ??  ?? COUTHINO (kiri) mempamerka­n aksi memberangs­angkan ketika membantu Barca menewaskan Malaga pada aksi La Liga Sepanyol di Stadium La Rosaleda, Malaga Sabtu lepas. — Gambar AFP
COUTHINO (kiri) mempamerka­n aksi memberangs­angkan ketika membantu Barca menewaskan Malaga pada aksi La Liga Sepanyol di Stadium La Rosaleda, Malaga Sabtu lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia