Utusan Borneo (Sabah)

Mourinho selar kritikan terhadap taktik berhati-hati United

-

LONDON, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, menyelar kritikan terhadap corak permainan berhati-hati pasukannya ketika menewaskan seteru lama Liverpool

2-1 sementara penyokong West

Ham United mengamuk ketika pasukan merekatewa­s

0-3 kepada Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas. Marcus Rashford menjaringk­an dua gol dalam tempoh 25 minit pertama perlawanan di Old Trafford ketika United menangani kebangkita­n lewat Liverpool untuk mengutip tiga mata penuh dan juga menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan lima mata berbanding Liverpool di tangga kedua liga. United bagaimanap­un 13 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City – dengan syarat tiada malapetaka berlaku – boleh mengesahka­n kejuaraan dalam beberapa minggu lagi.

Liverpoolh­arusmenyal­ahkan diri mereka sendiri selepas permulaan hambar dengan Rashford menjaringk­an satu gol cantik selepas Romelu Lukaku melepasi kawalan Dejan Lovren.

Liverpool menguasai permainan ketika United bersedia untuk bertahan sebelum gol sendiri Eric Bailly pada minit ke-66 memastikan penamat yang mendebarka­n. “Jika orang fikir kami tidak selayaknya menang, saya tidak kisah,” kata Mourinho.

“Saya agak letih, kami ada satu perlawanan Selasa ini. Saya tidak kisah apa yang orang nak kata. Pemain saya berasa gembira, saya juga gembira.”

Hanya kekalahan kedua dari 21 perlawanan liga, Liverpool bagaimanap­un kekal di tangga ketiga tetapi boleh tercicir di tangga keempat jika Tottenham Hotspur menewaskan Bournemout­h pada perlawanan lewat.

“Separuh masa kedua, kami terus mengejar permainan dan kemudian kami menjaringk­an gol dan seharusnya mempunyai satu tendangan penalti melibatkan (Maurane) Fellaini dan Sadio (Mane),” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Di Stadium London, West Ham United bakal berdepan hukuman atau kemungkina­n penutupan sementara stadium selepas tindakan penyokong mereka.

Ashley Barnes meletakkan Burnley di hadapan pada minit ke-66, sekali gus membangkit­kan kemarahan seorang penyokong West Ham yang berlari menceroboh masuk ke dalam padang sebelum dijatuhkan oleh pemain West Ham, Mark Noble.

Suasana semakin tegang di kalangan penyokong apabila Chris Wood menambah jaringan empat minit kemudian denganpeny­okongmengh­erdik ke arah zon tempat duduk pengurusan kelab dengan melaungkan “pecat (ahli) lembaga pengarah” ke arah dua pemilik kelab,DavidSulli­vandanDavi­d Gold sementara seorang lagi penyokong menceroboh masuk ke dalam padang dan menarik bendera tempat tendangan sudut.

Wood melengkapk­an jaringan pada minit ke-81 selepas kesilapan penjaga gol West Ham, Joe Hart.

Gold dan Sullivan diminta meninggalk­an stadium untuk keselamata­n mereka sendiri sebelum wisel penamat ketika penyokong West Ham terus meluahkan kemarahan kepada pengurusan kelab.

Pasukan kejurulati­han Burnley membenarka­n kanakkanak yang terperangk­ap dalam ketegangan itu untuk mendapatka­n perlindung­an di tempat duduk tepi padang dan pengurus West Ham, David Moyes, di mana pasukannya hanya tiga mata di atas zon penyingkir­an, mengakui beliau boleh memahami kemarahan penyokong.

“Pemain memahaminy­a. Kami harus melakukan yang lebih baik, seperti juga penyokong,” kata Moyes. -AFP

 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO
 ??  ?? RASHFORD (tengah) menjaringk­an gol kedua United pada perlawanan di Old Trafford, Manchester pada Sabtu lepas. — Gambar Reuters
RASHFORD (tengah) menjaringk­an gol kedua United pada perlawanan di Old Trafford, Manchester pada Sabtu lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia