Bersama pertahankan BN
Pastikan calon pilihan PM dapat sokongan
LABUAN: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggesa Jentera Barisan Nasional (BN) Labuan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon yang dipilih oleh Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Beliau berkata sokongan daripada jentera BN kepada calon yang dipilih amat penting untuk memastikan kelangsungan pembangunan
Naib Presiden Umno
Labuan yang berterusan.
“Kita bukan sahaja mempertahankan satu kerusi tetapi kita ingin pertahankan BN sebagai wadah kepimpinan negara kepada semua masyarakat majmuk, itu mesej yang kita ingin tekankan kepada orang ramai.
“Jentera kena pastikan seramai mungkin dari 28 ribu pengundi di Labuan keluar dan mengundi calon BN pada PRU14,” katanya.
Jelasnya, kerjasama dalam parti komponen BN Labuan perlu diterjemahkan dengan tindakan yang berkesan.
“Jentera berserta sayapsayap komponen perlu bergerak senada, bergerak dalam satu pasukan kerana ini yang kita warisi daripada pemimpin terdahulu.
“Penting juga untuk kita tekankan kepada jentera, ini bukan masa untuk mainmain, merasa selesa, merasa gah atau kuat kerana setiap undi itu amat penting,” katanya.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan turut menyeru agar gerak kerja jentera perlu dirancang dengan teliti untuk mendapat kemenangan yang lebih besar.
“Kita kena taktikal dan strategik, pastikan untuk menjejak pengundi dan pastikan mereka keluar mengundi.
“Bulatkan tekad dan azam, pastikan majoriti yang terbesar dalam sejarah BN Labuan,” jelasnya semasa berucap melancarkan Jentera BN Labuan pada Ahad.
Sementara itu, ucapan Hishammuddin turut mendapat sokongan daripada ahli BN Labuan yang hadir pada majlis itu antaranya Ketua Cawangan Umno Lubok Temiang yang juga Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kubong Alias Hussin.
Alias yang ditemui turut menyeru semua jentera BN agar tidak rasa selesa dalam menghadapi lawan pada PRU14 nanti.
“Kita tidak harus rasa selesa dengan kekuatan yang ada malah perlu terus bekerja dalam satu pasukan dalam mendekati pengundi.
“Kita juga perlu memberi perhatian sekaligus menangkis sebarang isu yang ditimbulkan pihak pembangkang agar rakyat tidak terkeliru dengan fitnah serta termakan dengan hasutan mereka,” katanya.
Bagi Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Kuda Gazali Osman, segala saranan daripada Datuk Seri Hishammuddin akan menjadi pembakar semangat kepada jentera di peringkat cawangannya.
“Kami tidak akan berundur ke belakang lagi malah akan terus bekerja keras bagi memastikan anak-anak muda bersama setia memberi sokongan kepada calon BN di Labuan nanti.
“Kami Pemuda Umno tidak gentar dengan pihak lawan, ini ikrar pemuda yang akan terus mempertahankan bumi Labuan kekal sebagai kubu kuat BN bagi masa depan anak bangsa yang lebih terjamin,” kongsinya penuh semangat.
Sahat Zainal yang juga AJK Umno Cawangan Sungai Bangat sangat teruja dengan ucapan Hishammuddin yang memberi semangat kepada seluruh jentera BN yang hadir.
“Kami di Umno Cawangan Sungai Bangat sudah tidak sabar menanti pembubaran parlimen untuk terus menggerakkan jentera bersama gabungan JR, Pemuda, Wanita dan Puteri Umno.
“Saya percaya majlis pada hari ini memberi impak kepada BN Labuan untuk terus bersemangat menggerakkan jentera dibantu permuafakatan daripada semua parti komponen bagi memperoleh majoriti kemenangan lebih tinggi,” katanya.
Keyakinan itu turut mendapat sokongan Setiausaha Parti Gerakan Rakyat Malaysia Labuan William Chong.
“Dalam komponen BN kita memang bersatupadu, jentera kita lebih yakin dengan kesatuan satu pasukan diharap dapat meningkatkan majoriti undi.
“Saya juga harap semua masyarakat terus memberi sokongan kepada kepimpinan Labu anyang ada sekarang untuk kestabilan negara dalam jangka masa panjang,” jelasnya.
Pengerusi Tetap Upko Labuan Duang Sitang turut mengingatkan pengundi di luar sana agar tidak memperjudikan masa depan dengan memilih pihak pembangkang pada PRU14.
“Banyak kemudahan dan perancangan yang telah dibuat oleh pemimpin BN Labuan termasuk pembinaan jambatan Labuan-Sabah dan ini bukti BN sudah bekerjakeras untuk kepentingan rakyat.
“Kita harap semua parti komponen BN Labuan bersama Umno Labuan lebih bersatu padu untuk terus memenangi pilihan raya serta memajukan negara kita terutama kita di Pulau Labuan ini,” katanya.
Majlis pelancaran yang dihadiri kira-kira 1,000 ahli jentera BN Labuan itu turut dihadiri Ahli Parlimen yang juga Pengerusi BN Labuan Datuk Rozman Isli dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Labuan Senator Datuk Bashir Alias.
“Kita tidak harus rasa selesa dengan kekuatan yang ada malah perlu terus bekerja dalam satu pasukan dalam mendekati pengundi. Kita juga perlu memberi perhatian sekaligus menangkis sebarang isu yang ditimbulkan pihak pembangkang agar rakyat tidak terkeliru dengan mereka.” fitnah serta termakan dengan hasutan DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN