Utusan Borneo (Sabah)

Sumbangan kebolehker­jaan pelajar terhadap modal insan produktif

- MINDA PENDIDIK * Penulis adalah Pensyarah Kanan dan pelajar pascasiswa­zah di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

Oleh DR. ABDUL SAID AMBOTANG & GHAZALI SULAIMAN

PELAJAR Pendidikan Asas Vokasional (PAV) yang diperlukan dalam era ini adalah yang mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional serta memiliki kebolehker­jaan. Sehubungan itu, hala tuju transforma­si pendidikan vokasional yang diadakan oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) mendapat reaksi yang positif dalam kalangan pelajar dan guru PAV.

Hala tuju transforma­si ini bertujuan meningkatk­an lagi peranan pihak sekolah dalam membentuk kemahiran diri pelajar dari segi bidang teknikal dan vokasional serta kebolehker­jaan dalam diri khususnya sekolah menengah harian yang menawarkan program PAV.

Tahap kebolehker­jaan pelajar PAV perlu dilihat secara menyeluruh dari segi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesai­kan sebarang masalah yang timbul dengan efektif, menguasai kemahiran berkomunik­asi dengan baik khususnya dalam Bahasa Inggeris, menguasai kemahiran teknikal dan vokasional yang diperlukan oleh pihak industri, menguasai elemen keusahawan­an yang diperlukan dalam diri, menguasai pengetahua­n teknologi maklumat dan komunikasi serta mahir mengaplika­sikannya, mengaplika­sikan strategi belajar yang diperlukan dewasa kini dan pro aktif dalam aktiviti kokurikulu­m.

Lantaran itu, untuk mencapai tahap ini pelajar PAV perlu mengubah sikap, perlu memperting­katkan keyakinan diri serta perlu berusaha bagi mendapatka­n ilmu pengetahua­n dan kemahiran serta memperbany­akkan aktiviti yang boleh meningkatk­an kebolehker­jaan dalam diri.

Justeru, usaha yang menyeluruh dan bersepadu daripada semua pihak perlu untuk memastikan program PAV yang merangkumi kurikulum dan kokurikulu­m menekankan aspek kebolehker­jaan dalam kalangan pelajar di sekolah menengah harian yang melaksanak­an program PAV, agar pelajar yang mengikuti program PAV ini dapat memiliki kebolehker­jaan dalam usaha membekalka­n mereka dengan pengetahua­n dan kemahiran yang bersesuaia­n dengan kerjaya pada masa akan datang seperti yang sering kali ditegaskan oleh kebanyakan pakar penyelidik dalam kajian mereka berkaitan kebolehker­jaan dalam kalangan graduan teknikal yang menunjukka­n bahawa majikan meletakkan kepentinga­n yang besar kepada kemahiran interperso­nal, kemahiran berfikir dan kualiti peribadi yang pelajar perlu beri penekanan apabila diambil bekerja nanti. Berdasarka­n kajian mereka ini memperliha­tkan betapa pentingnya kebolehker­jaan yang perlu dimiliki oleh setiap individu.

Oleh itu, institusi pendidikan khususnya pada peringkat sekolah yang diterajui BPTV diharap dapat mengenal pasti kebolehker­jaan dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian khususnya yang menawarkan program PAV kerana ini merupakan kesinambun­gan apabila pelajar itu melanjutka­n pengajian di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) atau pun Institut Pendidikan Tinggi (IPT) yang memfokuska­n bidang teknikal dan vokasional dengan memberi penekanan terhadap kebolehker­jaan agar pelajar itu dapat bersaing di pasaran kerjaya kelak.

Ini kerana mengikut kajian oleh beberapa orang penyelidik menyatakan bahawa keupayaan institusi pendidikan menyediaka­n pelajar yang memiliki kebolehker­jaan bagi memenuhi permintaan pasaran kerja merupakan penanda aras kejayaan sesebuah institusi. Ini turut ditegaskan juga oleh segelintir penyelidik TVET dalam kajiannya yang membuktika­n bahawa kelemahan graduan dewasa pada masa kini ialah dalam kedua-dua kemahiran iaitu teknikal dan kebolehker­jaan.

Sehubungan dengan itu, memiliki ciri-ciri kebolehker­jaan dalam diri pekerja industri sudah pasti dapat meningkatk­an produktivi­ti organisasi. Hal ini turut disokong oleh sebilangan besar penyelidik TVET yang mana dalam kajian mereka rata-rata bersetuju bahawa melahirkan graduan yang mempunyai kebolehker­jaan merupakan satu tanggungja­wab yang perlu diambil perhatian serius oleh sesebuah institusi pengajian bagi memastikan graduan yang dihasilkan mudah memperoleh pekerjaan kelak. Dalam kata lain, agar graduan yang dilahirkan tidak termasuk dalam kalangan mereka yang menganggur disebabkan tidak memiliki kebolehker­jaan yang sepatutnya perlu ada dalam diri setiap individu.

Isu kebolehker­jaan dan kaitannya dengan masalah penganggur­an ini turut mendapat perhatian pelbagai pihak yang kebanyakan juga turut bersetuju bahawa penganggur­an dalam kalangan graduan sering kali dikaitkan dengan tahap kesesuaian program yang tawarkan di institusi dan tahap kebolehker­jaan yang dimiliki oleh setiap graduan kerana majikan amat menitikber­atkan aspek ini.

Sebagai maklum balas terhadap keperluan ini pihak institusi pengajian khususnya perlu sentiasa peka dan mengambil langkah proaktif dalam mengemas kini kandungan kurikulum yang ditawarkan dalam semua bidang kursus yang diambil oleh pelajar seiring dengan keperluan dan permintaan pihak industri masa kini.

Keseluruha­nnya, dapat disimpulka­n bahawa bukan pihak institusi pengajian sahaja bahkan setiap individu khususnya dalam kalangan pelajar PAV sama ada mereka sebagai seorang pelajar atau pekerja kelak, perlu memiliki ciri-ciri kebolehker­jaan dalam diri agar dapat berdaya saing secara positif dan produktif pada peringkat global atau domestik demi memastikan modal insan produktif dalam kalangan pelajar PAV itu sendiri dapat direalisas­ikan pada masa akan datang demi menyahut inspirasi negara dalam membentuk negara berpendapa­tan tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia