Utusan Borneo (Sabah)

Aziz Pani kekal

YDP PIBG SK Sungai Manila

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Aziz Pani mengekalka­n jawatan sebagai Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Manila bagi 2018–2019 selepas dipilih semula menerajui kepimpinan itu pada Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2018 di dewan terbuka sekolah itu.

Naib YDP PIBG sekolah itu turut kekal disandang oleh Zulkarnine Muhammad, manakala setiausaha dan bendahari masing-masing dipegang oleh Abdul Jumarey Mahmud dan Rasinah Mohd Jasni.

Seramai 11 orang terdiri daripada enam guru dan lima wakil ibu bapa turut dipilih sebagai Ahli Jawatankua­sa (AJK) PIBG.

Mereka ialah Sarmi Undang/Suriatie Arasat, Riduan Rukmana, Fatmawati Patta, Suriantih Abdurasid, Rosemady Omar dan Roziah Aboh dari kalangan guru sekolah.

Mewakili ibu bapa dalam AJK PIBG sekolah itu ialah Fatima Hamid, Saadiah Sudin, Saidah Buang, Lakaseng Labambang dan Munauwara Zainal Abidin.

Dua juruaudit yang turut dilantik dalam PIBG itu ialah Ruzaimah Nasal dan Zephrinus Dadi.

Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Haji Ajirol menyempurn­akan perasmian mesyuarat agung itu serentak dengan pelancaran rasmi Program Patrol Denggi 2018 SK Sungai Manila.

Sementara itu, Aziz dalam ucapannya merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Ahli Parlimen Libaran itu kerana sentiasa berusaha membantu memenuhi keperluan khasnya oleh pihak PIBG sekolah.

Katanya, pihak PIBG turut mengucapka­n terima kasih kepada semua guru yang bukan sahaja terus tabah mendidik anakanak di sekolah itu, malah menggunaka­n wang sendiri untuk menceriaka­n kelas demi mewujudkan suasana pembelajar­an yang selesa, menarik dan kondusif.

Sempena mesyuarat itu, semua AJK PIBG 2016-2017 menerima sijil penghargaa­n manakala beberapa agensi luar dan individu yang banyak berjasa dan menyumbang khidmat bakti kepada PIBG dan sekolah turut diberi anugerah dan penghargaa­n khas.

Tiga agensi luar yang menerima angerah khidmat sokongan PIBG ialah Borneo Samudera Sdn Bhd (Ladang Luboh), Syarikat Doa Ibu dan Syarikat Mentari Security Sdn Bhd.

Empat individu yang turut menerima anugerah kesukarela­wanan PIBG ialah Alias Lamona, Ahmad, Rahim, Sabirin dan Mustafa.

Turut berucap pada majlis itu yang dihadiri lebih 300 orang ialah Guru Besar Zaini Osman.

Hadir sama ialah Penyelia Pendidikan (Unit HEM) Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan Mohd Jamil Mohd Hassan, Ketua Pegawai Perhubunga­n Pejabat Parlimen Libaran Saapilin Mat Yassin dan Pengerusi Biro Pendidikan Umno Libaran Haidin Osman.

 ??  ?? JUSLIE (dua kiri) diiringi Aziz (kiri) dan Zaini menyampaik­an anugerah khas kepada wakil agensi luar yang banyak membantu dan menyumbang kejayaan PIBG.
JUSLIE (dua kiri) diiringi Aziz (kiri) dan Zaini menyampaik­an anugerah khas kepada wakil agensi luar yang banyak membantu dan menyumbang kejayaan PIBG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia