Rawilson sedia rebut tempat utama, Evan turut dipanggil skuad B21 negara

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

KOTA KINABALU: Tonggak pertahanan Sabah, Rawilson Batuil akan berkerja keras dapatkan tempat dalam kesebelasan utama skuad negara.

Ketua pasukan Sabah itu berkata, beliau kini berada di tahap terbaik dan bersedia memikul tugas pada bilabila masa diperlukan ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe.

“Dipanggil menyertai kem latihan skuad senior negara sudah pasti menjadi kebanggaan dan saya akan berusaha agar panggilan itu bukan sekadar pelengkap senarai.

“Memang sukar (untuk dapat tempat dalam kesebelasan utama) jika kita lihat senarai-senarai pemain yang dipanggil, ramai namanama besar dan tidak kurang juga pemain naturalisasi yang disenaraikan.

“Bagaimanapun, saya menganggapnya sebagai satu cabaran dan saya akan berusaha bersungguh- sungguh untuk membuktikan yangsayajugalayakmembarisi pasukan negara,” katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Pemain berusia 24 tahun berasal dari Kota Marudu itu adalah antara 29 pemain yang dipanggil menyertai pasukan Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’ bertemu Mongolia di Stadium Nasional Bukit Jalil minggu depan.

Skuad negara juga sedang melakukan persiapan bagi menghadapi perlawanan terakhir Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon di Stadium Camille Chamoun Sports City, Beirut, pada 27 Mac depan.

Dua puluh lapan pemain lain yang tersenarai dalam panggilan itu adalah Safiq Rahim, Ahmad Hazwan Bakri, Nazmi Faiz Mansor, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, S Kunanlan, Afiq Fazail, Syafiq Ahmad, Adam Nor Azlin, Natxo Insa, La’vere Corbin Ong, Ariff Farhan Md Isa, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Kiko Insa, Wan Zack Haikal Wan Nor, Haziq Nadzli, Akhyar Rashid, Syazwan Andik Ishak, Irfan Zakaria, Matthew Davies, Syahmi Safari, Safawi Rasid, Nor Azam Abdul Azih, Adam Nor Azlin, Khairul Fahmi Che Mat, Akram Mahinan, Mahalli Jasuli, Shahrul Saad dan Darren Lok.

KetuajurulatihSabah,Jelius Ating berharap Rawilson yang lebih mesra dipanggil ‘Jipun’ oleh rakan sepasukannya dapat mengambil peluang berkenaan sebaik mungkin.

“Saya telah bagi tahu Rawilso bahawa dipanggil menyertai kem latihan pasukan negara telah mengangkat beliau ke satu tahap lebih tinggi dan ini adalah permulaan kejayaan dalam kariernya.

“Daripada semua pemain yang bermain dalam Liga Malaysia, dia (Rawilson) antara yang dipanggil dan saya harap dia akan bersungguhsungguh di sana nanti untuk merebut tempat dalam skuad utama,” katanya.

Kali terakhir pemain berasal dari Sabah yang dipanggil menyertai Harimau Malaya ialah Ronny Harun pada 2016 di kejohanan Piala AFF Suzuki.

Pada tahun berkenaan juga, Ronny turut tersenarai dalam kesebelasan terbaik AFF walaupun pasukan negara tersingkir di peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki.

Sambil itu, seorang lagi pemain skuad senior Sabah, Evan Wensley Wenceslaus turut dipanggil menyertai kem latihan skuad bawah 21 tahun negara.

“Evan adalah antara pemain muda berpotensi kita. Bagaimanapun kita bagi dia dan empat pemain lain bermain di skuad bawah 21 tahun Sabah (liga Piala Presiden) kerana buat masa ini mereka masih sukar dapat tempat dalam skuad senior.

“Bermain di liga Piala Presiden baik untuk diri mereka supaya ada `match fitness dan untuk kebaikan pasukan Piala Presiden kita dan skuad senior pada masa akan datang,” kata Jelius.

Beliau berkata, panggila ke kem latihan skuad bawah 21 negara itu juga peluang besar buat Evan mengembangkan kariernya dalam bola sepak.

-Oleh VITALIS G BINGKASAN RAWILSON

EVAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.