Utusan Borneo (Sabah)

TERBAIK DALAM SEJARAH

Sabah catat peningkata­n GPN dalam SPM 2017

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Sabah catat pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) terbaik dalam sejarah bagi peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata, GPN SPM 2017 negeri ini meningkat 0.13 iaitu 5.51 berbanding 5.64 pada 2016.

Katanya, dari segi peratus ia menunjukka­n peningkata­n sebanyak 0.29 peratus iaitu 86.2 peratus berbanding 85.9 peratus tahun sebelumnya.

“Bilangan calon yang lulus semua mata pelajaran turut menunjukka­n peningkata­n 2.3 peratus dengan jumlah seramai 17,217 atau 50.9 peratus.

“Lebih membanggak­an, seramai 151 calon berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan Gred A (A+, A dan A-) melibatkan peningkata­n seramai 38 calon,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaa­n SPM 2017 di Sekolah Menengah (SM) All Saints Likas, di sini pada Khamis.

Maimunah berkata, sebanyak 53 mata pelajaran diambil oleh calon-calon SPM 2017 dan Sabah berjaya mengekalka­n sebanyak 18 mata pelajaran yang lulus 100 peratus.

“Pencapaian sekolah cemerlang SPM 2017 dinilai dari Gred Purata Sekolah (GPS) dan SM Sains Sabah mendahului senarai 12 sekolah yang cemerlang dengan 1.83 GPS.

“SM Sains Lahad Datu menduduki tempat kedua dengan GPS 2.52 diikuti SM St. Michael Penampang yang mencatat 3.27 GPS.

“SM Ugama Islamiah Tawau memperoleh­i 3.29 GPS manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Sandakan dan SMK Agama Tun Ahmadshah Kota Kinabalu masing-masing mendapat GPS 3.33 dan 3.39,” jelasnya.

Katanya, sekolah lain yang tersenarai termasukla­h Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Irsyadiah Marakau Ranau (3.53), SMK Agama Kota Kinabalu (3.69), SMK Agama Keningau (3.93), SMK Agama Mohamad Ali Ranau (4.01), SM All Saints Kota Kinabalu (4.08) dan SMK Tawau (4.11).

Beliau berkata, pelajar SM Tinggi Kota Kinabalu Kon Siew Yan mendahului senarai pelajar cemerlang kategori 11 mata pelajaran dengan pencapaian 10A+ dan 1A-.

Menurutnya, bagi kategori 10 mata pelajaran, pelajar SMK St Michael Penampang Jade Marie Robert Jomiji berjaya meraih keputusan 10A+.

Katanya, pelajar SM Sains Sabah Abdul Haqeem Adong mendahului senarai pelajar cemerlang kategori sembilan mata pelajaran dengan keputusan 9A+.

“Sebanyak 211 sekolah di kawasan bandar terlibat dalam peperiksaa­n SPM 2017 dengan pencapaian lulus 88.2 peratus.

“Bagi sekolah kawasan luar bandar, sebanyak 150 sekolah yang terlibat mencapai kadar lulus sebanyak 87.1 peratus.

“Ini menunjukka­n hanya sedikit sahaja jurang perbezaan lulus antara sekolah bandar dan luar bandar,” jelasnya.

 ??  ?? MAIMUNAH (tengah) berbual mesra dengan pelajar cemerlang SPM 2017 yang hadir pada majlis itu.
MAIMUNAH (tengah) berbual mesra dengan pelajar cemerlang SPM 2017 yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia