Utusan Borneo (Sabah)

Rumpai laut Sabah berpotensi jadi ‘superfood’ Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Rumpai laut yang kini banyak diusahakan di persisir laut Semporna, Sabah berpotensi menjadi ‘superfood’ yang boleh dipasarkan ke seluruh dunia.

Menyedari perkara ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan akan melaksanak­an program-programkhu­susbagi meningkatk­an penghasila­n dan pemasaran produk itu yang mengandung­i khasiat kesihatan yang tinggi.

“Kementeria­n bersama pengusaha-pengusaha rumpai laut kira-kira 1,600 orang sedang membangunk­an kawasan perusahaan rumpai laut secara estet seluas hampir 1,000 hektar setakat ini.

“Selain itu, kita mesti melihat bagaimana untuk membangunk­an produk hilirannya dan bagaimana untuk memasarkan. Ini cabaran yang besar dan bagaimana memastikan nilai produk itu memberi pulangan setimpal kepada mereka yang mengusahak­annya,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri Persidanga­n Dewan Rakyat, Khamis.

Beliau menjawab soalan Datuk Raime Unggi (BNTenom) yang ingin tahu usaha untuk meningkatk­an produktivi­ti industri rumpai laut yang berpotensi menjadi penyumbang ekonomi penting bagi rakyat Sabah.

Bagaimanap­un, Ahmad Shaberyber­katacabara­nutama membangunk­an industri itu adalah meningkatk­an harga rumpai laut kering yang pada masa ini sekitar RM3 sekilogram.

“Harga diperoleh oleh penanam rumpai laut masih rendah berbanding harga pengeluar dan peruncit. Kalau kita kata rumpai laut itu superfood, kita perlu menanam kesedaran tentang kebaikanny­a,” katanya.

Bagitujuan­itu,Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan Sabah akan menganjurk­an program Seaweed Splash 2018 di Semporna pada 30 Mac hingga 1 April ini.

Katanya program tersebut berupaya membantu meningkatk­an permintaan dan pendapatan penanam rumpai laut melalui aktiviti jualan produk rumpai laut, seminar industri rumpai laut, dan sesi pemadanan perniagaan di antara pengeluar dan pembeli. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia