Utusan Borneo (Sabah)

Kepolisan moden dan komuniti perlu digabungka­n tangani isu jenayah

-

BUTTERWORT­H: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha menggabung­kan aspek kepolisan moden dengan kepolisan komuniti harus dipertingk­atkan bagi menangani jenayah dan menjaga ketenteram­an awam.

Beliau berkata usaha ini amat penting bagi memastikan perkhidmat­an menyeluruh yang berteraska­n teknologi.

“Kepolisan moden ini bukan sekadar berpakaian kemas semata-mata tetapi aset dan peralatan yang moden.

Dengan berbekalka­n kepolisan moden dan kerjasamak­epolisanko­muniti, objektif pencegahan jenayah akan tercapai,” katanya ketika merasmikan Program Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai (PSP) di sini pada Khamis.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kerajaan sentiasa memberikan perhatian dan sangat sensitif dalam isu persepsi masyarakat terhadap jenayah.

Ahmad Zahid berkata kepolisan berorienta­sikan masyarakat juga merupakan aspek yang penting bagi membina perhubunga­n erat dan kerjasama rapat di antara masyarakat dan polis untuk menangani isu jenayah.

Katanya, kadar jenayah di Pulau Pinang berjaya diturunkan 11.25 peratus tahun ini hasil usaha polis, MCPF dan juga kepolisan komuniti.

“(Oleh itu)..semua lapisan masyarakat digalakkan terlibat dalam program kepolisan komuniti untuk meningkatk­an tahap akauntabil­iti dan tanggungja­wab pihak polis kepada komuniti tempat mereka berkhidmat,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penurunan kadar jenayah ini akan mampu meningkatk­an persepsi masyarakat terhadap anggota polis.

Namun, katanya, kerjasama dan kesepakata­n yang kukuh daripada kerajaan persekutua­n, kerajaan negeri dan pelbagai organisasi berkaitan tidak kira di peringkat tempatan mahupun nasional merupakan asas utama untuk mengurangk­an dan mengawal aktiviti jenayah.-Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia