Utusan Borneo (Sabah)

Media sosial bantu pelajaran

Pelajar cemerlang SPM berkongsi rahsia kejayaan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Penggunaan media sosial mungkin dianggap melalaikan bagi sesetengah orang, tetapi bagi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, Kon Siew Yan, penggunaan

Whatsapp banyak membantu dalam pembelajar­annya.

Siew Yan berkata, dia dan rakan-rakannya sering berkongsi cara menyelesai­kan masalah untuk menyiapkan kerja sekolah melalui

Whatsapp.

Biarpun dia tidak gemar belajar secara berkumpula­n, namun dia dan rakanrakan masih berhubung melalui Whatsapp untuk menyelesai­kan soalan-soalan yang sukar.

Atas sebab itulah, dia dan rakan baiknya Livia Lee Yeong Lin sama-sama tersenarai sebagai pelajar cemerlang SPM 2017. Siew Yan memperoleh 10A+ dan 1A- manakala rakan baiknya, Livia memperoleh 9A+, 1B+.

Pelajar Sekolah Menengah Tinggi Kota Kinabalu (KKHS) ini berhasrat untuk menyambung pengajian ke Tingkatan Enam bagi mengurangk­an bebanan keluarga.

Katanya, memandangk­an kakaknya menuntut di Universiti Mahsa dalam bidang Farmasi, maka dia memutuskan untuk memasuki Tingkatan Enam dahulusebe­lummenyamb­ung pengajian di universiti.

Anakkeduad­aritigaber­adik ini bercita-cita untuk menjadi doktor. Untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda, dia merancang menyambung pengajian di luar negara sekiranya memperoleh biasiswa.

Ditanya tentang rahsia kejayaan, Siew Yan berkata dua minggu sebelum peperiksaa­n dia bangun seawal jam 3 pagi untuk mengulangk­aji pelajaran.

“Pada masa ini, senang untuk fokus kerana tiada sebarang gangguan. Whatsapp juga tidak akan berbunyi kerana semua orang masih tidur. Jadi, saya akan tidur pada jam 8 malam supaya dapat bangun pada awal pagi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2017 peringkat Negeri Sabah di Sekolah Menengah (SM) All Saints, di sini pada Khamis.

Selain belajar sendiri, Siew Yan juga ada mengambil tuisyen di luar sekolah bagi subjek Fizik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Sementara itu, ibunya Chong Ket Lin, 48, berkata, Siew Yan memang seorang yang sangat menitikber­atkan pelajaran.

Katanya, anak keduanya itu lebih banyak menghabisk­an masa belajar di dalam bilik berbanding membuat aktiviti lain mahupun menonton televisyen.

Hanya pada awal tahun sahaja dia melihat Siew Yan menonton televisyen. Apabila peperiksaa­n semakin hampir, anaknya itu jarang keluar dari bilik.

Beliau berkata, biarpun sibuk dengan pelajaran, anaknya itu juga banyak membantuny­a dalam menyiapkan kerja membersihk­an rumah.

Chong bertugas sebagai kerani di syarikat pembinaan manakala, suaminya seorang pesara dalam sektor swasta.

Turut berkongsi kegembiraa­n apabila mendapat keputusan cemerlang SPM 2017 dengan memperoleh 8A+, 2A adalah Muhammad Shamim Nafery dari SMK Keningau II.

Satu-satunya pelajar dari sekolah luar bandar yang memperoleh keputusan cemerlang ini menyimpan hasrat untuk menjadi seorang jurutera.

Anak bongsu dari empat beradik ini lebih banyak meluangkan masa dengan belajar berbanding aktiviti sukan.

“Setiap hari saya meluangkan masa empat hingga lima jam sehari untuk mengulangk­aji pelajaran pada sebelah malam. Saya akan pastikan kerja sekolah disiapkan pada waktu petang jadi, sebelah malam saya fokus kepada ulangkaji sahaja.

“Biarpun saya mula belajar sejak awal tahun namun, apabila peperiksaa­n semakin hampir saya masih berhempas pulas mengulangk­aji.

“Saya mahu kekal menjadi pelajar cemerlang di sekolah kerana semasa peperiksaa­n Penilaian Tingkatan Tiga (PT3), saya tersenarai sebagai pelajar cemerlang sekolah.

Ibunya, Yasmin Tamanjah, 51, yang juga pesara kerajaan berharap agar anaknya akan mendapat biasiswa bagi membolehka­n Shamim melanjutka­n pengajian di universiti.

Disebabkan mereka bukan dari keluarga senang, pemberian biasiswa itu memberi makna yang besar kepada keluargany­a.

 ??  ?? SHAMIM menunjukka­n keputusan cemerlang SPM yang diperolehi­nya, turut kelihatan Yasmin dan Nafery serta kakaknya.
SHAMIM menunjukka­n keputusan cemerlang SPM yang diperolehi­nya, turut kelihatan Yasmin dan Nafery serta kakaknya.
 ??  ?? PENGARAH Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul (kiri) menyampaik­an Sijil Penghargaa­n Pelajar Cemerlang SPM 2017 kepada Siew Yan.
PENGARAH Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul (kiri) menyampaik­an Sijil Penghargaa­n Pelajar Cemerlang SPM 2017 kepada Siew Yan.
 ??  ?? SIEW Yan berkongsi kegembiraa­n memperoleh keputusan cemerlang SPM bersama ibunya, Chong.
SIEW Yan berkongsi kegembiraa­n memperoleh keputusan cemerlang SPM bersama ibunya, Chong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia