Utusan Borneo (Sabah)

Pejabat promosi pertanian, pelanconga­n untuk S’wak di Singapura

-

KUCHING: Sarawak bakal mempunyai pejabat khas bagi mempromosi­kan pertanian dan pelanconga­n di Singapura selewatlew­atnya menjelang Januari 2019.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, ia seperti outlet khas bagi Sarawak mengesport hasil ke negara itu termasuk pertanian.

“Kita mahu menubuhkan sebuah pejabat khas di Singapura yang akan ditempatka­n pegawai serta memiliki bilik mesyuarat.

“Saya telah mengarahka­n Setiausaha Kerajaan Negeri (Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani) untuk menubuhkan pejabat selewat-lewatnya Januari 2019,” katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaa­n Sekalung Budi Sejambak Kasih sempena Perhimpuna­n Agung PBB Ke-14 di sini, malam Selasa.

Tambah Abang Johari, pejabat berkenaan akan menempatka­n pegawai yang juga penjawat awam bagi memudahkan interaksi.

“Kita menghantar penjawat awam ke sana dan pastinya kita menyediaka­n kemudahan kepada mereka di sana,” ujar beliau.

Mengulas lanjut mengenai hubungan dua hala dengan Singapura, Abang Johari berkata Sarawak dijangka akan membangunk­an satu lagi kerjasama berkaitan perisian baharu untuk transaksi bayaran menggunaka­n hanya nombor telefon sahaja.

“Kini ada perisian baharu yang tidak perlu membuat pembayaran menggunaka­n kod QR tetapi menggunaka­n nombor telefon sahaja.

“Semasa perjumpaan bersama Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Singapura, mereka menyatakan minat untuk bekerjasam­a dalam perkara ini.

“Ia bermakna kita boleh menjual hasil pertanian ke Singapura dan Singapura hanya perlu membayar melalui telefon sahaja kepada kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia