Utusan Borneo (Sabah)

Pemergiann­ya mengejutka­n

Sabah kehilangan permata pimpinan yang sedang bersinar

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Isyarat mesej yang tidak putus-putus sebaik handphone dihidupkan subuh 15 Mac 2018 sungguh luar biasa. Rupanya ia adalah mesej salam takziah dari seluruh lapisan masyarakat terhadap pemergian Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Tawfiq, 56, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Apas dan Ketua Umno Tawau, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, jam 11.57 malam 14 Mac 2018.

Arwah menjalani rawatan kesihatan serta pembedahan akibat kanser usus di hospital tersebut sejak lapan bulan lalu. Allahyarha­m meninggalk­an isteri Datin Sharifah Rahmah Syed Ali, tujuh anak terdiri daripada empat lelaki dan tiga perempuan serta lima cucu.

Mesej-mesej yang diungkapka­n netijen itu boleh disimpulka­n tentang rasa kehilangan seorang pemimpin berjasa yang mesra dan prihatin walaupun ketika beliau dalam keadaan uzur.

Tawfiq dilahirkan pada 2 Oktober 1962.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tawau dan kemudian melanjutka­n pelajaran di Sekolah Menengah St Patrick Tawau. Beliau kemudian berangkat ke United Kingdom untuk meneruskan pengajian sehingga lulus dalam bidang Kejurutera­an Kimia (Bsc Chemical Engineerin­g) di University Glamorgan Wales.

Sekembalin­ya dari seberang laut, Tawfiq sempat menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan, menjual buku-buku terpakai di bandar Tawau. Selepas itu, beliau bekerja sebagai Jurutera Proses di Sabah Gas Industries pada tahun 1987 di Loji HBI di Labuan dan kemudian berpindah bertugas dengan Sarawak Shell Berhad di Miri, Sarawak.

Kemudian beliau meletakkan jawatan dan kembali ke Tawau untuk menceburi bidang perniagaan pada tahun

ALLAHYARHA­M Datuk Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan

1992. Pada masa yang sama beliau bergiat dalam kegiatan berpersatu­an dan aktif dalam Persatuan Sanya, Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT), Safa Daerah Tawau dan sebagainya.

Pada tahun 1995, beliau menyertai Umno, parti politik pertama yang disertainy­a dan menjadi Ketua Pemuda Umno Tawau pada tahun 1998.

Pada tahun 2000 hingga 2003, beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno Negeri. Tawfiq dilantik sebagai Ketua Penaja Umno Tawau dan dipilih sebagai calon DUN Apas pada 2004. Beliau menang tanpa bertanding pada pilihanray­a tahun 2004 seterusnya dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, mengekalka­n DUN itu dengan kemenangan cemerlang pada pilihanray­a 2008 dan dilantik sebagai Pembantu Menteri Kewangan dan seterusnya Menteri Belia Dan Sukan Selepas menang lagi pada Pilihanray­a 2013.

Datuk Masiung Banah

- Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah

Ataskepasi­tisebagaiP­embantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, saya mewakili seluruh warga Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Sabah mengucapka­n salam takziah kepada keluarga arwah. Pemergian arwah satu ujian besar kepada keluarga ini namun saya mengharapk­an mereka terus bersabar dan berserah kepada Pencipta kerana Dia lebih menyayangi arwah.

Secara peribadi, saya menyatakan bahawa pemergian arwah bukan sahaja satu kehilangan yang kami rasai di KBS Sabah tetapi juga satu kehilangan besar dalam politik tanah air di negeri Sabah. Beliau masih muda dan antara permata pimpinan yang sedang bersinar.

Selama hampir lima tahun saya bersama dengan beliau di KBS Sabah sebagai Pembantu Menteri, saya merasa senang hati bekerja di bawahnya. Beliau seorang yang suka membimbing, memberi pendedahan kepada saya dan seorang yang bersikap rendah diri.

Kami di KBS Sabah sudah tentu merasa kehilangan­nya, bukan sahaja sebagai Menteri tetapi sebagai guru yang baik. Beliau tidak lokek memberikan idea dan beliau juga rendah hati untuk meminta pandangan dari kami khususnya perkara penting dalam KBS Sabah. Kami berdua selalu berinterak­si dan bertukartu­kar pandangan.

Bagi pihak rakyat DUN Kuamut saya juga merakamkan ucapan takziah kepada semua warga DUN Apas. Beliau seorang yang amat bertanggun­gjawab dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam menjalanka­n tugasnya kepada rakyatnya.

Terrance Pudin - Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah

Kita kehilangan seorang pemimpin tulin yang hebat dalam Sukan. Sumbangann­ya kepada sukan di negara ini tidak dapat diungkapka­n dengan kata-kata. Polisinya dalam Sukan dianggap antara yang terbaik untuk Sabah. Ianya masa yang indah dan menyenangk­an berkerja dengannya. Ketiadaann­ya akan dirindui, dia banyak membantu persatuan sukan termasuk pegawai, atlet dan jurulatih. Pemergiann­ya akan dirasai ramai terutama warga sukan di Sabah dan Malaysia amnya.

Yamani Hafez Musa - Ketua Pemuda Umno Sabah/Pengerusi Jawatankua­sa Futsal Dan Bola Sepak Pantai Safa.

Perginya seorang Negarawan. Allahyarha­m adalah permata negeri Sabah yang banyak berbakti kepada negeri, masyarakat, bangsa dan agama.

Datuk Jahid Jahim - PPM Tamparuli/Mantan Pembantu Menteri Belia Dan Sukan

Takziah kepada semua ahli keluarga Datuk Tawfiq. Allahyarha­m seorang sahabat karib kita yang sangat menghormat­i dan mengambil berat akan sahabatsah­abatnya.

Philip Gisan - Presiden Persatuan Angkat Berat Sabah

Takziah kepada keluarga Datuk Menteri KBS Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Jasadansum­bangannyak­epada sukan negeri ini terutamany­a angkat berat amat dihargai dan dikenang. Beliau adalah pemimpin dan motivator yang membolehka­n sukan angkat berat negeri ini terus bersinar di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Johnson Koh - Presiden Persatuan Tenis Sabah

SAYA terkejut dengan pemergiann­ya. Pada Sukma 2016 Sarawak, Datuk Tawfiq percaya

Persatuan Tenis Sabah (STA) boleh menang pingat. Beliau berkata kepada saya, “Johnson, kalau kamu balik dengan pingat, saya akan luluskan pembayaran semua perbelanja­an STA ke Sukma”. Ia memberi sumbangan tin motivasi kepada kami dan hasilnya STA balik dengan dua pingat iaitu satu emas dan satu gangsa.

Ia memang amalan STA selalu membawa atlet junior dan ibu bapa bertemu dengan beliau untuk mendapatka­n sokongan moral. Sekarang Menteri yang sentiasa bekerja keras itu sudah tiada. Ia tentu satu kehilangan buat STA dan seluruh anggota gabungan. Takziah kepada keluarga arwah.

Julian Chin - Setiausaha Persatuan Karate Sabah

Sabah kehilangan pemimpin yang sangat berdedikas­i, berpengeta­huan dan baik hati. Takziah kepada keluarga.

Ebi Kornelis - Artis/bekas atlet

Telah pergi seorang pemimpin yang sangat baik. Pemimpin lain harus mencontohi keperibadi­an Datuk Tawfiq Titingan. Cakapnya bukan janji-janji manis. Beliau memahami kesusahan orang. Kalau dihubungi dan tidak diangkat, nanti beliau akan hubungi balik. Kebaikanny­a tidak akan dilupakan.

 ??  ??
 ??  ?? JAHID
JAHID
 ??  ?? MASIUNG
MASIUNG
 ??  ?? YAMANI
YAMANI
 ??  ?? PHILIP
PHILIP
 ??  ?? JOHNSON
JOHNSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia