APMM tahan 19 PTI di Tanjung Labian
LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Lahad Datu berjaya menghalang dan menahan 19 PTI warganegara asing yang cuba keluar dari daerah ini ke Filipina, di perairan Tanjung Labian pada Isnin.
Pengarah Maritim Pangkalan, Pangkalan Maritim Lahad Datu Leftenan Komander Maritim Radzil Allexender Raphael berkata, bot peronda APMM yang sedang menjalankan tugas rondaan di sekitar perairan Tanjung Labian telah bertindak menuju ke kawasan yang disyaki menjadi laluan bagi pendatang tanpa izin.
Katanya, semasa melaksanakan tinjauan, APMM berjaya mengesan sebuah bot pancung membawa PTI ingin menyusup keluar ke perairanFilipinamelaluilaluan yang tidak diwartakan.
“Pada kira-kira jam 3 pagi bot peronda APMM telah menahan bot pancung tersebut. Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot berkenaan tidak mempunyai sebarang nombor pendaftaran dan terdapat 19 penumpang disyaki warganegara Filipina yang terdiri daripada enam lelaki dewasa, lima perempuan dewasa, dua kanak- kanak lelaki dan enam kanak- kanak perempuan berumur dalam lingkungan 1 tahun hingga 45 tahun.
“Kesemua mereka telah gagal mengemukakan sebarangdokumenpengenalan diri yang sah, ketika pemeriksaan dilakukan oleh anggota bertugas,” katanya.
Tambahnya lagi, bot pancung tersebut dipercayai cuba menyusup keluar ke Filipina dari perairan ini.
Kesemua yang ditahan telah dibawa ke jeti Pos Maritim Felda Sahabat untuk disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.