Alvin Olahragawan, Chlestie Olahragawati
KOTA KINABALU: Atlet MSSD Ranau, Alvin Roland dinobatkan sebagai Olahragawan manakala atlet Kota Marudu, Chlestie Ann Jalisa Olahragawati kategori 18 tahun ke bawah Jubli Emas Temasya Sukan Olahraga MSS Sabah 2018.
Kejohanan itu berlangsung di Stadium Likas pada 21-24 Mac.
Roland terplih berdasarkan pencapaian memecahkan rekod kejohanan acara lompat kijang dengan catatan 14.99m menggantikan rekod lama 14.95m berusia lapan tahun.
Chlestie pula memecahkan rekod acara 2,000m lari berhalangan dengan catatan 8:29.95s (rekodlama 8:46.20s) serta men- juarai acara 800m dan naib juara 1,500m.
Ditemui selepas majlis penutupan pada Sabtu, Alvin berkata kejayaannya itu adalah hasil kerja keras dan disiplin dalam latihan.
Sasaran berikut pelajar berusia 16 tahun yang sedang menuntut di Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Sabah di Sepanggar itu adalah memperbaiki catatan jarak lompatan kepada 15.02m.
Chlestie juga berkata, kejayaannya hasil kerja keras dalam latihan di samping keyakinan mampu melakukan apa yang disasarkan.
Pelajar SMK Bandau berusia 17 tahun itu berazam untuk meneruskan karier sukannya dengan mencipta lebih banyak kejayaan.
“Selepas SPM tahun ini, saya mer- ancang un- tuk meneruskan latihan di Ranau,” kata anak kelima dari enam adik beradik itu.
Olahragawan 15 tahun ke bawah pula dimenangi atlet Kudat Mohamad Azri Pirasa dengan pencapaian memecahkan rekod acara 400m dengan catatan 52.68s (rekod lama 52.87s) dan menjuarai acara 800m (2:11.24s).
Halimatul Saadiah Mohammed Raja (Tawau) pula dinobatkan sebagai Olahragawati 15 tahun ke bawah dengan pencapaian lebih cemerlang, memecahkan dua rekod kejohanan.
Halimatul memecahkan rekod 100m lari berpagar dengan catatan14.77s (rekod lama 15.59s) dan memperbaharui rekod 200m lari berpagar dengan catatan 28.05s (rekod lama 29.26s).
Olahragawan dan Olahragawati 12 tahun ke bawah juga dimenangi atlet Tawau, Nur Amirah Qistina Daim dan Amirul Yusof.
Amirul memecahkan rekod 80m lari berpagar dengan catatan 11.53s (rekod lama 12.02s) manakala Nur Amirah memecahkan rekod 80 meter lari berpagar dengan catatan 13.47s (rekod lama 13.49s). -