Kerajaan terus pacu pembangunan sektor elektrik dan elektronik
LUMPUR: Kerajaan akan terus memacu pembangunan sektor elektrik dan elektronik (E&E) dengan memperuntukkan pelbagai insentif dan dana bersasar untuk menggalakkan pengamalan Industri 4.0.
Menurut Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017 yang dikeluarkan pada Ahad, usaha itu seiring dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap pekerja asing berkemahiran rendah dalam sektor pembuatan.
Sehubungan itu, pengamalan Industri 4.0 dalam konteks ini akan meningkatkan kecekapan dan produktiviti, seiring dengan trend-trend global.
“Impak Industri 4.0 adalah besar – ia akan mentransformasikan proses reka bentuk, proses pembuatan, operasi, perkhidmatan produk dan sistem pengeluaran.
“Peningkatan kesalinghubungan dan interaksi antara bahagian, mesin dan manusia pula akan mempercepatkan sistem pengeluaran sehingga 30peratusselainmeningkatkan tahap kecekapan sebanyak 25 peratus. Ini seterusnya akan meningkatkan pengkhususan massa ke tahap yang baharu,” kata laporan itu.
Sejajar usaha itu, kata laporan tersebut, Pelan Tindakan Industri 4.0 Kebangsaan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada suku pertama tahun ini.
Pada 2017, industri E&E mencatatkan eksport bernilai RM343 bilion dan Pendapatan Negara Kasar sebanyak RM63.4 bilion, didorong oleh pelaburan dalam pembuatan semikonduktor, modul solar, produk LED dan perkakas rumah.