Utusan Borneo (Sabah)

Empat sesak nafas, tangki gas ammonia bocor

Tangki gas ammonia bocor

-

SHAH ALAM: Sebuah tangki mengandung­i gas ammonia di sebuah kilang memproses makanan di Klang bocor, mengakibat­kan empat pekerja sesak nafas akibat terhidu gas berbahaya itu. Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Bomba Selangor, Alimaddia Bukri berkata tangki berkenaan berkapasit­i 1,000 liter.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada kirakira 10.14 pagi dan seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar termasuk satu pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya pasukan kami di kilang berkenaan, empat pekerja, tiga lelaki dan seorang wanita mengalami sesak nafas dan mereka kemudian dirawat oleh pasukan perubatan yang turut hadir,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Katanya tiga daripada pekerja berkenaan iaitu seorang lelaki dan dua wanita bagaimanap­un terpaksa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk mendapatka­n rawatan lanjut dan keadaan mereka kini stabil.

“Kerja pembersiha­n masih lagi giat dijalankan di kawasan berkenaan,” katanya. -Bernama

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 10.14 pagi dan seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar termasuk satu pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikejarkan ke tempat kejadian.

ALIMADDIA BUKRI Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Bomba Selangor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia