Utusan Borneo (Sabah)

Bakat sangat perlu

Untuk mencapai TN50, kata Madius

-

KOTA KINABALU: Bakat seseorang sangat diperlukan dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan dan mencapai Transforma­si Nasional 2050 (TN50), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau .

Beliau berkata bakat sangat penting untuk menangani pelbagai perubahan yang akan berlaku menjelang 2050.

“Banyak yang akan berubah pada masa hadapan dan perubahan itu kita tidak pernah alami pada masa kini. Cara hidup manusia akan berubah dan pada masa itu kita memerlukan bakat.

“Oleh itu, di kementeria­n kami sentiasa mengenal pasti bakat untuk mengendali­kan teknologi, menyelesai­kan masalah ekonomi dan sosial menggunaka­n kaedah yang inovatif,” katanya pada sesi dialog TN50 ‘Ke Arah Wanita Berinovasi’ di sini malam Khamis.

Madius berkata wanita juga memiliki bakat tersendiri yang sangat diperlukan untuk mencapai visi TN50.

“Wanita ada bakat semula jadi kerana mereka sangat fokus. Selain itu, mereka juga suka berkongsi (senang bekerjasam­a), yang mana elemen kerjasama sangat ketara dengan era digital berbanding daya saing.

“Pengasas Kumpulan Alibaba, Jack Ma yang juga orangterka­yadiChinab­erkata wanita mempunyai bakat untuk menjadi pendengar yang baik. Contohnya Jack Ma pernah berkata bahawa sesiapa yang boleh mendengar keperluan pelanggan mereka akan membantu syarikat melakukan yang terbaik,” katanya.

Madius berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sangat menghargai kebolehan wanita dan mewajibkan organisasi mengambil sekurangku­rangnya 30 peratus tenaga kerja wanita selain mengumumka­n peruntukan untuk memperkasa wanita melalui Bajet 2018. Bernama

 ??  ?? MADIUS
MADIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia