Utusan Borneo (Sabah)

Sabah sedia teruskan rentak kemenangan

Liga Futsal Kebangsaan

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad futsal wanita Sabah sedia meneruskan rentak kemenangan pada pertembung­an antara tiga pasukan teratas Liga Futsal Kebangsaan (LFK) di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, Selangor minggu ini.

Skuad kendalian Rosmadih Wasli itu akan berhadapan dengan dua pesaingnya di tiga kedudukan teratas iaitu Selangor United MPSJ hari ini dan KL Felda United FC esok.

Sabah dan Felda menghuni dua tangga teratas selepas masing-masing mengumpul enam mata tetapi dijarakkan perbezaan jaringan yang berpihak kepada Felda manakala Selangor United MPSJ di kedudukan ketiga dengan tiga mata.

“Kedua-dua lawan minggu ini adalah pasukan yang bagus bukan sahaja pada musim ini tetapi pada musim-musim sebelumnya.

“Apapun kami sudah bersedia memberi tentangan sengit dan telah menetapkan sasaran meneruskan rentak kemenangan atau sekurangku­rangnya tidak kalah pada kedua-dua perlawanan itu.

“Kami akan fikirkan perlawanan itu satu persatu,” kata Rosmadih ketika ditemui di Lapangan Terbang Antabangsa di sini pada Jumaat.

Rosmadih berpuas hati dengan persiapan pasukan dan keadaan pemain yang disifatkan­nya berada di tahap terbaik dan bersemanga­t tinggi menghadapi kedua-dua perlawanan itu.

Katanya, 15 pemain disenaraik­an bagi menghadapi perlawanan itu.

“Kami bawa 14 pemain manakala satu lagi iaitu JI Fedalliah Claritta Jaimin yang kini menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan akan menyertai kami di sana nanti,” katanya.

Sebagai rekod, Sabah dibarisi ramai pemain bola sepak kebangsaan manakala

“Kedua-dua lawan minggu ini adalah pasukan yang bagus bukan sahaja pada musim ini tetapi pada musim-musim sebelumnya. Apapun kami sudah bersedia memberi tentangan sengit dan telah menetapkan sasaran meneruskan rentak kemenangan atau sekurang-kurangnya tidak kalah pada kedua-dua perlawanan ” itu. ROSMADIH WASLI Jurulatih skuad futsal wanita Sabah

Selangor United MPSJ dan Felda diperkuatk­an ramai pemain futsal kebangsaan.

Sabah dan Selangor United MPSJ telah bertembung pada pusingan kelayakan dan berkesudah­an seri 1-1.

Sambil itu, dua perlawanan pertama LFK bulan lalu menyaksika­n Sabah menang 3-0 ke atas Negeri Sembilan dan mengalahka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-1.

Lima belas pemain yang tersenarai terdiri daripada Masturah Majid, Shereillyn Elly Pius, Jaciah Jamilus, Haindee Mosroh, Pedrolia Martin Sikayun, Eslilah Esar, Usliza Usman, Lovella Julie Jelus, A Nuraziela Ali Jainal, Sharmilla Natasha Jani, Nurhalizah Ahmad, Asma Junaidi, Juliana Ferdinand, Tesslonica Angel Stanislaus dan JI Fedalliah Claritta Jaimin.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada pemain futsal wanita Sabah sedia untuk berangkat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu pada Jumaat.
SEBAHAGIAN daripada pemain futsal wanita Sabah sedia untuk berangkat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu pada Jumaat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia