Utusan Borneo (Sabah)

Dortmund mahu lengahkan kegembiraa­n Bayern julang kejuaraan

-

BERLIN: Jurulatih Borussia Dortmund Peter Stoeger (gambar bawah) berharap pasukannya dapat melengahka­n kegembiraa­n Bayern Munich yang dijangka akan memenangi kejuaraan Bundesliga apabila kedua-dua kelab gergasi Jerman itu bertarung di Allianz Arena pada malam ini (Sabtu).

Bayern memulakan hujung minggu ini dengan kelebihan besar 17 mata dalam liga dan kemenangan di Munich akan menjamin kejuaraan liga keenam berturut-turut jika Schalke di tempat kedua terkandas di stadium sendiri dalam perlawanan menentang Freiburg.

“Rancangan kami ialah agar mereka tidak meraikan kejuaraan liga selepas menentang kami,” kata Stoeger.

Jurulatih Bayern Jupp Heynckes menegaskan dia “tidak peduli” bila kemenangan akan disahkan, tetapi kelab Bavaria itu tidak pernah menjamin kejuaraan di stadium sendiri sejak 2005.

Pemain sayap Arjen Robben dijangka akan bermain selepas tidak bermain dalam dua perlawanan terakhir disebabkan oleh masalah saraf.

Dia menjaringk­an 11 gol dalam 21 perlawanan menentang Dortmund, termasuk gol kemenangan lewat dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2013, dan pemain Belanda itu mengalu-alukan prospek berkenaan.

“Saya amat menyukai perlawanan besar dan pada masa lalu, perlawanan menentang Borussia Dortmund sentiasa besar,” katanya kepada majalah Kicker.

“Ia adalah peluang untuk menunjukka­n serba sedikit apa yang kita mampu buat.”

Pemain pertahanan tengah Bayern Jerome Boateng mungkin tidak akan bermain selepas dia mencederak­an tumitnya dalam kekalahan 1-0 Jerman kepada Brazil pada Selasa lepas, manakala Stoeger berkata ia menjangka pemain sayap Jerman Marco

Reus, yang bergelut dengan keterikan pangkal

paha, tidak akan bermain untuk Dortmund yang menduduki tempat ketiga. Bagaimanap­un penyerang Michy Batshuayi pasti mahu meneruskan kecemerlan­gannya selepas menjaringk­an gol dalam kemenangan 4-0 Belgium ke atas Arab Saudi pada pertengaha­n minggu di Brussels. Perlawanan Bayern-Dortmund dilabel sebagai perlawanan terbesar di Jerman – ‘Der Klassiker’ – tetapi jurang sekarang di antara kedua-dua pasukan dicerminka­n dalam jurang 18 mata dalam liga. Jika pun Bayern memenangi kejuaraan pada malam ini, ia tidak akan memecah rekod lama mereka sendiri, yang dicipta pada 25 Mac 2014 apabila pasukan Pep Guardiola memenangin­ya dengan baki tujuh perlawanan lagi. Dortmund terdesak untuk mata dalam perebutan untuk menamatkan musim dalam kelompok empat teratas dan tempat dalam Liga Juara-Juara pada musim akan datang, dengan lima kelab di belakang Bayern yang dipisahkan oleh hanya enam mata sahaja.

Walaupun menjangkak­an kejuaraan awal, Heynckes mungkin mengintai perlawanan pusingan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Selasa ini di Sevilla.

Di luar padang, kedua-dua kelab sedang mencari jurulatih baharu untuk musim akan datang.

Heynckes, 72 tahun, dengan kontrak yang tamat pada Jun, belum menyebut secara terbuka sama ada dia akan kekal sebagai jurulatih Bayern atau tidak manakala Stoeger ada kontrak sehingga akhir musim, yang masih dapat dilanjutka­n.

Jurulatih RB Leipzig, Ralph Hasenhuett­l, yang mempunyai kontrak sehingga 2019, telah dikaitkan dengan kedua-dua kelab, tetapi menolak khabar angin tentang perpindaha­n ke Dortmund mahupun Munich.

“Saya rasa sihat di sini,” katanya di satu sidang akhbar di Leipzig kelmarin. “Setakat yang saya tahu, Dortmund mempunyai jurulatih berbangsa Austria dan kata putus belum lagi disebut di Munich.” – AFP

 ?? - Gambar REUTERS ?? PELARI pecut lagenda Jamaica Usain Bolt, turut menyertai sesi latihan pasukan Borussia Dortmund di Pusat Latihan Strobelall­ee, Dortmund.
- Gambar REUTERS PELARI pecut lagenda Jamaica Usain Bolt, turut menyertai sesi latihan pasukan Borussia Dortmund di Pusat Latihan Strobelall­ee, Dortmund.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia