Utusan Borneo (Sabah)

KTC berjaya kumpul 75 pain darah Kempen Derma Darah sempena HSE Day 2018 sukses

Kempen Derma Darah sempena HSE Day 2018 sukses

-

SEBANYAK 75 pain darah berjaya dikumpul pada Kempen Derma Darah yang diadakan bersempena Hari Kesihatan, Keselamata­n dan Alam Sekitar 2018 (HSE Day 2018) anjuran Pusat Latihan Petroleum Kimanis (KTC), pada Khamis.

HSE Day 2018 itu dirasmikan oleh Ketua Pusat Latihan Petroleum Kimanis Moh Ariffin Abd Ahaling.

Selain kempen derma darah yang merupakan salah satu pengisian program pada pagi itu, turut diadakan ialah ceramah kesihatan oleh doktor panel Petronas, pameran kesihatan dan gaya hidup sihat oleh Hospital Beaufort, pemeriksaa­n gigi percuma oleh Klinik Pergigian Bergerak Negeri Sabah, pameran

oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Beaufort, pameran oleh Perkeso dan Niosh, kuiz Kahoot dan cabutan tiket pengunjung bertuah.

Program yang diadakan sejak 2011 itu merupakan acara tahunan KTC yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentinga­n kesihatan, keselamata­n dan alam sekitar di samping mendidik serta membiasaka­n diri para pelajar dan kakitangan untuk menderma darah.

Turut hadir pada program itu ialah rakanrakan strategik KTC dan 30 pelajar Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Kinarut yang turut memeriahka­n sambutan kali ini.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah ILKBS Emran Etoh, Pegawai Perubatan Hospital Beaufort Dr Fatihah Anisah, Doktor Panel Petronas Dr Henry R Poniah dan Pengerusi Penyelaras HSE Day 2018 Md Ismaidy M Ismail.

Dalam perkembang­an lain, pihak Hospital Beaufort mengalu-alukan bagi mereka yang ingin menderma darah untuk datang terus ke Unit Tabung Darah Hospital Beaufort yang beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Tabung Darah Hamdan Tahir di talian 087 212333.

 ??  ?? (gambar bawah) PARA pelajar berpeluang merasai sendiri pemeriksaa­n pergigian bergerak yang didatangka­n khas untuk HSE Day 2018.
(gambar bawah) PARA pelajar berpeluang merasai sendiri pemeriksaa­n pergigian bergerak yang didatangka­n khas untuk HSE Day 2018.
 ??  ?? HADIRIN mendengar ucapan perasmian oleh Moh Ariffin. PARA jemputan dan pelajar merakamkan foto kenangan bersama. Turut kelihatan Moh Ariffin (barisan depan, empat dari kanan), Emran (barisan depan, tiga dari kanan), Dr Henry (barisan depan, tengah), Dr...
HADIRIN mendengar ucapan perasmian oleh Moh Ariffin. PARA jemputan dan pelajar merakamkan foto kenangan bersama. Turut kelihatan Moh Ariffin (barisan depan, empat dari kanan), Emran (barisan depan, tiga dari kanan), Dr Henry (barisan depan, tengah), Dr...
 ??  ?? (gambar kiri) PELAJAR KTC dan ILKBS serta kakitangan berbaris untuk melakukan pendaftara­n dan saringan.
(gambar kiri) PELAJAR KTC dan ILKBS serta kakitangan berbaris untuk melakukan pendaftara­n dan saringan.
 ??  ?? MOH Ariffin (tiga dari kanan) memotong riben pada banting sebagai simbolik perasmian sambil diperhatik­an kenamaan yang lain.
MOH Ariffin (tiga dari kanan) memotong riben pada banting sebagai simbolik perasmian sambil diperhatik­an kenamaan yang lain.
 ??  ?? PEGAWAI bertugas AADK menjelaska­n kepada Moh Ariffin dan kenaaman lain berkenaan bahaya dadah dan instrumen yang sering digunakan.
PEGAWAI bertugas AADK menjelaska­n kepada Moh Ariffin dan kenaaman lain berkenaan bahaya dadah dan instrumen yang sering digunakan.
 ??  ?? CLAYRISA Lea Marius, pelajar Diploma Instrument­ation And Control tahun akhir KTC, merupakan antara pelajar terawal menderma darah.
CLAYRISA Lea Marius, pelajar Diploma Instrument­ation And Control tahun akhir KTC, merupakan antara pelajar terawal menderma darah.
 ??  ?? MOH Ariffin mengucapka­n penghargaa­n kepada agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan HSE Day 2018.
MOH Ariffin mengucapka­n penghargaa­n kepada agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan HSE Day 2018.
 ??  ?? SITI Amirah Mohammad Imran merupakan penderma berulang yang mengambil peluang menderma darah pada HSE Day 2018.
SITI Amirah Mohammad Imran merupakan penderma berulang yang mengambil peluang menderma darah pada HSE Day 2018.
 ??  ?? (gambar atas) SOKONGAN pelajar dan kakitangan hampir menyebabka­n kakitangan Tabung Darah tak menang tangan.
(gambar atas) SOKONGAN pelajar dan kakitangan hampir menyebabka­n kakitangan Tabung Darah tak menang tangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia