Utusan Borneo (Sabah)

PADeP di Beluran berimpak positif

Memartabat budaya, memupuk perpaduan kaum, menjana pembanguna­n ekonomi

- Oleh SALMAN ABADI

PESTA Ampalud De Padau (PADeP) yang diadakan di pekarangan jeti dan Dataran Muara Labuk di Pekan Beluran pada 24 dan 25 Mac lalu, bukan sahaja berlangsun­g meriah tetapi amat berimpak positif.

‘Ampalud de padau’ yang bermaksud ‘lumba perahu’ adalah bahasa suku kaum Tidong yang merupakan antara etnik paling ramai di daerah Beluran dan konsep lumba perahu itu mempunyai sejarah dan signifikan yang tersendiri dalam konteks budaya dan corak kehidupan sosial masyarakat Tidong sejak zaman nenek moyang dahulu kala.

Pesta kali ke-11 itu dengan tema ‘Memartabat­kan Warisan Budaya Bangsa’ dianjurkan bersama oleh Pejabat Daerah Beluran, Pejabat Parlimen Beluran dan Pertubuhan Kebajikan dan Kebudayaan Masyarakat Tidong Sabah (Petisa).

Turut terlibat menjayakan penganjura­n PADeP 2018 ialah Majlis Daerah Beluran dan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan termasukla­h Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (Sandakan), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran, RTM Sandakan, Pejabat Pertanian Beluran, Jabatan Kerja Raya (JKR) Beluran, Pejabat Penerangan Daerah Beluran, Bahagian Protokol Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) dan sebagainya.

Pegawai Daerah Beluran merangkap Pengerusi Jawatankua­sa PADeP 2018, Suhaili Riman berkata, pelbagai acara menarik diadakan sepanjang pesta dua hari itu melibatkan tiga acara utama iaitu Program Pameran Etnik dan Jabatan/ Agensi Kerajaan, Majlis Malam Bedendang manakala acara kemuncakny­a ialah pelbagai acara sukan laut yang unik dan menarik.

Program pameran etnik dan jabatan/agensi kerajaan yang diadakan di Dataran Muara Labuk Pekan Beluran, lokasi tepi laut di mana replika ‘udang galah dan ikan patin’ tersergam indah sebagai ikon dan mercu tanda yang sinonim dengan Pekan Beluran.

Perasmian program pameran (etnik dan jabatan) disempurna­kan bersama oleh Pegawai Daerah Beluran Suhaili Riman dan tetamu jemputan khas iaitu Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Presiden Petisa yang juga Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Haji Ajirol.

Pameran etnik melibatkan lima suku kaum utama yang terdapat di kawasan Beluran iaitu suku kaum Tidong, Kadazandus­un, Bajau Sama, Sungai dan Dumpas.

Pameran etnik dan jabatan yang diselarask­an oleh Pejabat Pertanian Beluran, mempamerka­n pelbagai identiti dan budaya setiap suku kaum berkenaan, termasukla­h peralatan atau barang-barang lama (antik), kraftangan, pakaian etnik, makanan/kuih-muih tradisi dan sebagainya.

Turut menarik perhatian pengunjung, di setiap pondok pameran etnik turut disediakan kumpulan penari yang mempersemb­ahkan tarian tradisiona­l masingmasi­ng, manakala para pengunjung yang berminat turut dipelawa menari bersama-sama, sekali gus menjulang pesta PADeP itu sebagai merentas budaya pelbagai suku kaum, khasnya di daerah Beluran dan di Sabah amnya.

Suhaili menjelaska­n, pameran etnik merupakan suatu elemen penting dalam Pesta Ampalud De Padau yang kian popular di daerah Beluran dalam usaha memartabat­kan budaya bangsa serta mempromosi­kan kebudayaan etnik sebagai antara daya tarikan daerah Beluran dalam konteks pelanconga­n dan pembanguna­n ekonomi masyarakat setempat.

Bagi pameran jabatan/ agensi kerajaan, antara yang terlibat ialah Jabatan Pertanian Beluran, Jabatan Perikanan Beluran, Tekun, Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Beluran dan sebagainya.

Buat pertama kalinya, turut terlibat menyertai program ‘pameran’ itu ialah seramai 75 orang pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Beluran di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dalam usaha menerapkan konsep ‘masyarakat penyayang dan prihatin’ di samping membantu para pesakit yang memerlukan darah, program dan kempen derma darah turut diadakan sempena pesta itu yang dikendalik­an oleh Unit Tabung Darah, Hospital Daerah Beluran.

Pesta Ampalud De Padau Beluran 2018 turut dimeriahka­n dengan persembaha­n hiburan di pentas khas berhampira­n Jeti Pekan Beluran yang mana para pengunjung bukan sahaja dapat menyaksika­n pelbagai pameran yang unik dan menarik, malah dihiburkan melalui persembaha­n nyanyian, tarian kebudayaan dan sebagainya, sambil membelibel­ah di gerai-gerai jualan yang disediakan.

Buat pertama kalinya juga, pihak Petisa telah menjemput tiga penyanyi yang didatangka­n khas dari Kuala Lumpur untuk memeriahka­n sambutan PADeP 2018 iaitu Faizol @ Tam dan Kumpulan Ruffedge serta dua penyanyi jelita iaitu Zizi Kirana dan Mimi Fly.

Sementara itu, acara ‘Malam Bedendang’ turut memeriahka­n pesta tersebut dengan pengisian menarik iaitu pertanding­an nyanyian (tiga kategori – terbuka, 60an dan lagu bahasa Tidong) dan juga persembaha­n tarian dan kebudayaan lima kumpulan etnik iaitu Dumpas, Bajau, Sungai, Kadazandus­un dan juga Tidong.

Acara kemuncak Pesta Ampalud De Padau Beluran 2018 ialah pelbagai acara laut yang menggamit kehadiran lebih 3,000 pengunjung dari dalam dan luar daerah untuk menyaksika­n acara tersebut dari jeti dan tebing Dataran Anjung Muara Beluran.

Kemuncak pesta tahunan itu pastinya menarik, memukau dan menghiburk­an bukan sahaja ribuan pengunjung yang datang, tetapi juga para tetamu jemputan khas termasukla­h Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman yang merasmikan pesta itu untuk kali kedua berturut-turut (2016 dan 2018).

Selain acara perahu berdiri yang dinamakan ‘padau kumindi’ dalam bahasa etnik Tidong, pelbagai acara sukan kesemuanya mendapat sambutan penyertaan dan tontonan pengunjung yang amat membanggak­an.

Acara sukan laut yang memeriahka­n pesta itu ialah lumba kapal (kapal nelayan), pertanding­an kapal berhias, lumba perahu berenjin 15 kuasa kuda (hp) dan 30hp, lumba berdayung 12 orang sepasukan (lelaki dan wanita) kategori jabatan dan kampung-kampung, manakala pertanding­an ‘perahu berdiri’ merupakan acara kemuncak paling unik dan menarik serta menjadi tumpuan ramai sebagai acara yang sangat dinantikan pada setiap kali pesta itu diadakan.

Pada keseluruha­nnya, PADeP bertujuan mempromosi dan menjadikan daerah Beluran sebagai destinasi pelanconga­n dengan mewujudkan daya tarikan baharu berteraska­n budaya warisan bangsa, di samping meletakkan daerah Beluran dalam peta pelanconga­n negeri Sabah dengan menjadikan pesta itu sebagai sebagai acara tahunan untuk disenaraik­an dalam kalendar pelanconga­n negeri Sabah dan Malaysia amnya.

Selain itu, Pesta Ampalud de Padau juga bermatlama­t untuk merancakka­n lagi pelbagai program pembanguna­n ke arah mengembang­kan lagi potensi pertumbuha­n ekonomi masyarakat setempat serta menonjolka­n dan memelihara budaya pelbagai suku kaum dan etnik di daerah Beluran.

Dalam masa yang sama, pesta itu dapat memantap dan mengukuhka­n jalinan silaturahi­m dan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum untuk terus bersatu padu sambil menerima perbezaan dan menghargai kepelbagai­an.

Selaku Presiden Petisa, Juslie mengakui penganjura­n Pesta Ampalud De Padau 2018 di Beluran bukan sahaja cemerlang, malah amat berimpak tinggi.

Beliau berharap penganjura­n pesta itu mencapai matlamat dalam konteks perpaduan dan pelanconga­n, di samping membantu merancakka­n lagi pertumbuha­n ekonomi masyarakat khasnya di daerah Beluran, sekali gus memartabat­kan budaya warisan bangsa.

Pengerusi Jawatankua­sa PADeP 2018 yang juga Pegawai Daerah Beluran, Suhaili Riman merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan pesta itu khasnya khasnya Presiden Petisa (Juslie), Ahli Parlimen Beluran, Wakil Rakyat Sugut dan Labuk serta semua pemimpin dan kumpulan etnik yang turut terlibat mengadakan pameran dan persembaha­n sempena pesta itu.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman menyempurn­akan perasmian pesta itu untuk kali kedua berturut-turut selepas 2016.

Ketibaan Ketua Menteri disambut meriah berteraska­n budaya dengan diarak menaiki perahu (padau) beroda dari Kompleks Sukan Beluran menuju ke Dataran Muara Labuk berhampira­n jeti pekan Beluran, lokasi pesta itu berlangsun­g.

Memeriahka­n majlis sambutan itu ialah rombongan hampir 100 orang Ketua-ketua Adat Daerah Beluran diketuai Ketua Daerah Beluran OKK Rashid Dundulang, selain ahli-ahli pertubuhan politik termasukla­h Umno Beluran dan Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Labuk.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Adun Sugut Datuk James Ratib, Adun Gum-gum yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Zakaria Haji Mohd Edris, Ketua Polis Daerah Beluran Supt. Shivananth­an A/L Velauthan, wakil Adun Labuk Abdul Rahman Datuk Haji Kangkawang yang juga Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Labuk.

Hadir sama ialah PPM Sungai Sibuga Datuk Haji Salzo Asa, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beluran Samad Jambri @ Erick, Ketua Wanita Umno Beluran Endang Datu Asibi, ketua-ketua jabatan persekutua­n dan negeri serta para pemimpin masyarakat khasnya di daerah Beluran.

Pesta Ampalud De Padau di Beluran tahun depan dijadualka­n dalam bulan Oktober 2019.

 ??  ?? MUSA diarak di atas perahu (belakang) sambil diiringi sekumpulan masyarakat etnik Tidong berpakaian khas sambil memegang dayung perahu sebagai simbolik dan sinonim dengan budaya kehidupan masyarakat.
MUSA diarak di atas perahu (belakang) sambil diiringi sekumpulan masyarakat etnik Tidong berpakaian khas sambil memegang dayung perahu sebagai simbolik dan sinonim dengan budaya kehidupan masyarakat.
 ??  ?? MUSA (enam kiri) bersama Zakaria, Ronald, Haji Lokman Datuk Haji Madlis, Suhaili, James dan Juslie (tiga kanan) ketika menyaksika­n pameran kebudayaan etnik Bajau Sama dari Kg. Keniogan Beluran.
MUSA (enam kiri) bersama Zakaria, Ronald, Haji Lokman Datuk Haji Madlis, Suhaili, James dan Juslie (tiga kanan) ketika menyaksika­n pameran kebudayaan etnik Bajau Sama dari Kg. Keniogan Beluran.
 ??  ?? KETUA-Ketua Adat Daerah Beluran diketuai OKK Rashid Dundulang (lima kiri) turut menyambut ketibaan Ketua Menteri bersama kain rentang ‘Kami Ketua Ketua Adat Beluran Tatap BN’.
KETUA-Ketua Adat Daerah Beluran diketuai OKK Rashid Dundulang (lima kiri) turut menyambut ketibaan Ketua Menteri bersama kain rentang ‘Kami Ketua Ketua Adat Beluran Tatap BN’.
 ??  ?? MUSA(tengah)bersamapar­atetamujem­putanmenya­ksikan lintas hormat perahu berdiri (padau kumindi) dan kapal berhias selepas menyempurn­akan gimik perasmian pesta itu.
MUSA(tengah)bersamapar­atetamujem­putanmenya­ksikan lintas hormat perahu berdiri (padau kumindi) dan kapal berhias selepas menyempurn­akan gimik perasmian pesta itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada lebih 3,000 pengunjung yang membanjiri kawasan jeti dan Dataran Muara Labuk di Pekan Beluran untuk menyaksika­n dan memeriahka­n Pesta Ampalud De Padau 2018.
SEBAHAGIAN daripada lebih 3,000 pengunjung yang membanjiri kawasan jeti dan Dataran Muara Labuk di Pekan Beluran untuk menyaksika­n dan memeriahka­n Pesta Ampalud De Padau 2018.
 ??  ?? PUSAT Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Beluran diketuai Penyelia PDK Beluran Siti Anisah Sani (belakang, tiga kiri) turut mengadakan pameran aktiviti para pelatih PDK.
PUSAT Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Beluran diketuai Penyelia PDK Beluran Siti Anisah Sani (belakang, tiga kiri) turut mengadakan pameran aktiviti para pelatih PDK.
 ??  ?? UNIT Tabung Darah Hospital Beluran turut mengadakan kempen derma darah sempena pesta itu.
UNIT Tabung Darah Hospital Beluran turut mengadakan kempen derma darah sempena pesta itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia