Utusan Borneo (Sabah)

Pewujudan Majlis Daerah Tongod, impian Masiung jadi kenyataan

-

TONGOD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut Datuk Masiung Banah melahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk mewujudkan Majlis Daerah Tingod (MDT) menjadi kenyataan.

“Ini juga adalah impian rakyat di Kuamut bagi memudahkan mereka berurusan dengan MDT dan tidak perlu lagi pergi ke Majlis Daerah Kinabatang­an,” katanya dalam ucapannya pada majlis angkat sumpah Ahli Majlis Daerah Tongod, di sini pada Selasa.

Beliau turut berkongsi pengalaman­nya selama menjadi Ahli Majlis Daerah dahulu di mana kepuasan dirasakan apabila mampu menyumbang idea untuk pembanguna­n yang ditugaskan.

Katanya, apabila diberikan tugasan beliau akan mengetepik­an kepentinga­n peribadi dengan berpanduka­n polisi dan amanah daripada kerajaan iaitu sifat berkecuali dalam setiap keputusan yang dibincangk­an.

Masiung berkata, perkara yang baik adalah apabila dapat bekerjasam­a dengan ketuaketua jabatan dan agensi kerajaan dan mampu mencapai kata sepakat dalam usaha membangunk­an sesebuah daerah atau kawasan.

Katanya, perkara yang penting apabila setiap ahli itu memahami tujuan kerajaan melantik sebagai Ahli Majlis Daerah selain memahami tujuan dan wawasan pemimpin-pemimpin mereka.

“Pelantikan Ahli Majlis Daerah Tongod telah dibincangk­an berkali-kali bersama pemimpin seperti Ahli Parlimen Kinabatang­an Dato Seri Bung Mokhtar Radin dan senarai pelantikan ini dibuat berkali-kali.

“Tambahan lagi Majlis Daerah ini baru sahaja diwujudkan di daerah ini,” tegasnya.

Seramai 18 ahli-ahli baharu mengangkat sumpah di hadapan Pengerusi Majlis Daerah dan Pegawai Daerah, Robert Stidi.

Mereka terdiri Johnny @ Juni Intang, Dato Dasim Ricky Jikah, Laising Podok, Hermon Kilani, Jusison Saidin, Goldam Hamid, Saimon Ambi, Majid Lindan, John Sungkiang, Sunsing Pitalai, Kamarudin Mahalil, Awang Gariman, OKK Tokyo Abdul Hasim Kandan @ Omar, Mohamad Katam, Dewasih Unto, Fo Shing Julius @ John Waltons, Norah @ Munah Putan dan Sejohn Kakod.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Joachim Gunsalam telah menyaksika­n dan menyempurn­akan majlis itu seterusnya menyampaik­an watikah kepada ahli-ahli majlis itu.

Turut menyaksika­n upacara ini ialah wakil Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Putera Jalidin, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Johanes Mualas, Pegawai Daerah Telupid Benedick Asmat dan ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutua­n.

Dalam ucapannya, Gunsalam mengucapka­n terima kasih kepada daerah Tongod kerana sudah mendapat Majlis Daerah sendiri.

Katanya,yangpentin­gmajlis daerah ini sudah mempunyai ‘lesen’ untuk membuat keputusan di peringkat daerah tanpa merujuk kepada pihak Majlis Daerah Kinabatang­an lagi.

Sebelum ini katanya, daerah Tongod adalah di bawah Majlis Daerah Kinabatang­an.

Pada majlis itu, turut dilangsung­kan penyerahan fail Majlis Daerah Kinabatang­an oleh Pegawai Eksekutifn­ya, Zuldahri kepada Robert sebagai simbolik penyerahan tugas dan pentadbira­n.

 ??  ?? JOACHIM (duduk tengah), Masiung (dua kanan), Robert (dua kiri) dan pegawai-pegawai lain bergambar bersama-sama dengan ahli majlis daerah yang baharu selepas majlis itu.
JOACHIM (duduk tengah), Masiung (dua kanan), Robert (dua kiri) dan pegawai-pegawai lain bergambar bersama-sama dengan ahli majlis daerah yang baharu selepas majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia