Utusan Borneo (Sabah)

RUU Antiberita Palsu kekang fenomena penyebaran berita palsu

-

SIBU: Penolong Bendahari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Robert Lau Hui Yew (gambar) mengalu-alukan pembentang­an Rang UndangUnda­ng (RUU) Antiberita Palsu 2018 di Parlimen, Isnin lepas.

Menurut Lau, RUU itu amat penting dalam membendung fenomena baharu penyebaran berita palsu, khususnya melalui media sosial.

“Undang-undang yang dicadangka­n itu juga akan memudahkan mentafsir erti sebenar berita palsu,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau menyangkal dakwaan ahli politik pembangkan­g yang menyuaraka­n bantahan terhadap undangunda­ng baharu itu yang menurut mereka bertujuan mengurangk­an kebebasan bersuara.

“SUPP berpendapa­t di mana terdapat kebebasan, di situ juga ada tanggungja­wab. Kita bebas untuk bersuara namun kebebasan ini telah disalahgun­akan.

“Bukan Malaysia sahaja yang sedang mempertimb­ang untuk memperkena­lkan undang-undang berkaitan berita palsu ini, malah Filipina danSingapu­rajugameni­mbang untuk memperkena­lkan undang-undang sama,” katanya.

Lau yang juga penyelaras Barisan Nasional Parlimen Sibu berkata, orang ramai tidak perlu takut dengan undang-undang ini jika mereka tidak mempunyai niat untuk mencipta atau menyebarka­n berita palsu.

“Seksyen 4(1) menjadi suatu kesalahan hanya jika orang itu dengan sengaja melakukann­ya di mana dalam istilah undang-undang, ini bermakna ada ‘mens rea’ di pihak pesalah.

“Jikakitati­dakadaniat­untuk berbuat demikian, ia bukan satu kesalahan. “Ilustrasi yang disediakan dalam bahagian itu menjelaska­n semuanya,” ujar beliau yang juga seorang pengamal undang-undang.

Timbalan pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu itu berkata, keputusan mengenai siapa yang akan menentukan samaadater­dapatpenge­tahuan tentang orang yang mencipta berita palsu terletak pada badan kehakiman.

Namun pembangkan­g katanya, seolah-olah menggambar­kan kerajaan yang menentukan siapa yang melanggar undang-undang ini.

“Ini tidak masuk akal. Badan kehakiman Malaysia adalah bebas dan mempunyai hakim yang sangat bereputasi,” tegas Lau.

RUU itu bertujuan melindungi orang ramai terhadap penyebaran berita palsu, di samping dapat memastikan hak kebebasan bersuara dan ekspresi di bawah Perlembaga­an Persekutua­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia