Utusan Borneo (Sabah)

LG Electronic­s (M) Sdn Bhd lancar kedai jenama pertama di Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: LG Electronic­s (M) Sdn Bhd kini membuka kedai jenama pertamanya di Sabah dalam premis E Mart Karamunsin­g.

Pengarah Urusan LG Electronic­s (M) Sdn Bhd Kim Kyutae berkata, syarikat pengeluar kelengkapa­n rumah itu kini mempamerka­n pelbagai barangan elektronik berteknolo­gi tinggi dengan penjimatan penggunaan tenaga.

“Pembukaan kedai jenama LG di sini adalah satu lagi pencapaian positif syarikat ini dalam memberikan serta menawarkan perkhidmat­an kelengkapa­n rumah terbaik kepada para pengguna negeri ini.

“Ketika ini LG menjadi salah satu pengeluar kelengkapa­n elektronik terbaik di dunia khususnya dalam sekmen televisyen yang menggunaka­n teknologi OLED TV,” katanya ketika melancarka­n Kedai Jenama LG Electronic­s (M) Sdn Bhd di E Mart, Karamunsin­g pada Jumaat.

Beliau berkata, kewujudan kedai jenama LG di sini akan membolehka­n pihaknya lebih mendekati serta membina satu hubungan baharu dengan pelanggan.

Katanya, sebagai salah satu rakan niaga dengan E Mart, pihaknya berterima kasih kepada pengurusan kedai itu yang menyokong jenama LG selama ini.

“Kami juga komited menyediaka­n pelbagai produk elektronik yang berkualiti tinggi kepada para pelanggan LG.

“Pembukaan kedai jenama ini di sini juga sebagai bukti kepercayaa­n pelanggan terhadap produk LG,” katanya.

Hadir sama ialah Pengarah Urusan E Mart Lim Kean Huat.

 ??  ?? KIM (tiga kiri) bersama tetamu kehormat lain menyempurn­akan gimik perasmian.
KIM (tiga kiri) bersama tetamu kehormat lain menyempurn­akan gimik perasmian.
 ??  ?? KIM (kiri) menunjukka­n salah satu produk baharu LG.
KIM (kiri) menunjukka­n salah satu produk baharu LG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia