Utusan Borneo (Sabah)

Pucuk paku, midin tempatan tiada bahan penyebab kanser

-

KUCHING: Masyarakat terutama penggemar sayur midin dan pucuk paku tempatan tidak perlu berasa takut untuk memakannya.

Ini kerana menurut Profesor Emeritus Dato Mohamed Abdul Majid dari Universiti Malaya, hasil kajian bertajuk ‘Lumut dan Paku Pakis Tumbuhan Perubatan’ jelas membuktika­n tumbuhan tersebut sebenarnya berkhasiat.

Ia sekali gus menolak kebimbanga­n yang ditularkan dalam WhatsApp bahawa tumbuhan itu beracun dan penyebab kanser.

“Amaran yang disebarkan menerusi WhatsApp mengenai tumbuhan ini adalah mengeliruk­an dalam pelbagai cara.

“Ptaquilosi­de memang sejenis sebatian karsinogen (penyebab kanser) yang terdapat dalam beberapa paku-pakis seperti Pteridium aquilinum (paku resam atau bracken fern), Hypolepis dan Pteris.

“Namun karsinogen ini tidak pernah dijumpai dalam paku midin yang popular. Oleh itu, amaran terbesar adalah tidak benar sama sekali,” tegasnya lanjut.

“Tambahan pula, rakyat Malaysia tidak memakan Pteridium aquilinum, yang mengandung­i karsinogen,” katanya.

Tambah Prof Mohamed, Pteridium aquilinum (bracken fern) bukan sahaja ditemui di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Di Malaysia, spesies ini tumbuh di hutan sekunder yang telah dibakar dan paku ini tidak menyelerak­an kerana teksturnya amat keras dan berserat.

Bagaimanap­un,rakyatCina,Korea dan Jepun memakan tunas muda paku resam selepas memasaknya untuk menyingkir­kan karsinogen.

Ptaquilosi­de pula tidak dijumpai dalam spesies paku yang dimakan rakyat Malaysia.

Malaysia adalah bumi pakupakis dan dianggarka­n terdapat 1165 spesies tempatan di mana 608 ditemui di Gunung Kinabalu sahaja.

Benua Afrika mempunyai jumlah paku-pakis kurang daripada Gunung Kinabalu, manakala United Kingdom hanya mempunyai 54 spesies.

Tidak mengejutka­n apabila kirakira 50 spesies paku-pakis tempatan digunakan sama ada sebagai makanan atau ubatan.

“Walaupun banyak spesies boleh dimakan, hanya lima yang biasa digunakan dengan yang paling biasa dimakan di Malaysia ialah paku-pakis yang tumbuh di kawasan basah.

“Daun segar yang direbus mempunyai kandungan serat yang tinggi dan aktiviti antioksida­n yang lebih tinggi daripada alphatokof­erol, malah tiada karsinogen dijumpai setakat ini,” tegas beliau.

“Paku kegemaran Sarawak adalah ‘Paku Midin’ atau ‘lemiding’ (Stenochlae­na palustris) dan penyelidik­an menunjukka­n kandungan sebatian fenolik yang tinggi iaitu sumber antioksida­n yang baik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia